Dasar Kuki
Kuki penyemak imbas adalah sebilangan kecil data yang disimpan di peranti anda untuk membantu tapak web dan aplikasi mudah alih mengingatkan perkara tentang anda. Teknologi lain, termasuk suar web, penyimpanan web, dan pengecaman yang berkaitan dengan peranti anda, boleh digunakan untuk tujuan yang sama. Dalam dasar ini, kami mengatakan "kuki" untuk merujuk kepada semua teknologi ini.
Dasar Privasi kami menerangkan bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat daripada dan tentang anda semasa anda menggunakan Snapchat dan perkhidmatan Snap Inc. yang lain. Dasar ini menerangkan lebih lanjut tentang bagaimana kami menggunakan kuki dan pilihan anda yang berkaitan.
Seperti kebanyakan penyedia perkhidmatan dalam talian, Snap Inc. menggunakan kuki, termasuk kuki pihak ketiga, untuk beberapa sebab, seperti melindungi data dan akaun Snapchat anda, membantu kami melihat ciri-ciri mana yang paling popular, mengira pengunjung halaman, memahami cara anda berinteraksi dengan kandungan web dan emel yang kami hantar, mempertingkatkan pengalaman pengguna, menjaga keselamatan perkhidmatan kami, memberikan pengiklanan yang relevan, dan secara amnya memberi anda pengalaman yang lebih baik, lebih intuitif dan memuaskan. Kuki yang kami gunakan biasanya tergolong dalam salah satu kategori berikut.
Anda boleh melihat kuki yang kami gunakan di tapak kami, untuk tujuan apa dan berapa lama di Halaman Maklumat Kuki kami. Pada sesetengah tapak kami, kuki yang kami tetapkan dan berapa lama bergantung pada lokasi anda pada masa anda berinteraksi dengan tapak kami.