Dasar Kuki

Kuki pelayar adalah cebisan kecil data yang disimpan pada peranti anda untuk membantu laman web dan aplikasi mudah alih mengingati maklumat mengenai anda. Teknologi lain, termasuk storan Web dan pengecam yang dikaitkan dengan peranti anda, mungkin digunakan bagi tujuan yang serupa. Dalam dasar ini, "kuki" merujuk kepada semua teknologi sedemikian.

Dasar Privasi kami menerangkan bagaimana kami mengumpul dan menggunakan maklumat daripada dan mengenai anda semasa anda menggunakan Snapchat dan perkhidmatan Snap Inc. yang lain. Dasar ini menerangkan dengan lebih lanjut mengenai bagaimana kami menggunakan kuki dan pilihan anda yang berkenaan.

Bagaimana Kami Menggunakan Kuki

Seperti kebanyakan pembekal perkhidmatan dalam talian, Snap Inc. menggunakan kuki, termasuk kuki pihak ketiga, untuk beberapa sebab, misalnya melindungi data dan akaun Snapchat anda, membantu kami menentukan ciri-ciri yang paling popular, mengira bilangan pelawat ke suatu halaman, menambah baik pengalaman pengguna, mengekalkan keselamatan perkhidmatan kami, menyediakan pengiklanan yang relevan dan secara umum menyediakan pengalaman yang lebih bermutu, intuitif dan memuaskan hati.

Kategori kuki Mengapa kami menggunakan kuki
Keperluan

Kami menggunakan kuki ini untuk menjalankan laman kami, dan untuk mengenal pasti dan mencegah risiko keselamatan.

Contohnya, kami mungkin menggunakan kuki ini untuk menyimpan maklumat sesi anda untuk mencegah orang lain daripada menukar kata laluan anda tanpa nama pengguna dan kata laluan anda.

Keutamaan

Kami menggunakan kuki ini untuk mengingati seting dan pilihan anda serta menambah baik pengalaman anda di laman kami.

Contohnya, kami mungkin menggunakan kuki ini untuk mengingati pilihan bahasa anda.

Prestasi

Kami menggunakan kuki ini untuk mengumpul maklumat mengenai cara anda menggunakan laman kami, memantau prestasi laman dan menambah baik prestasi laman kami, perkhidmatan kami dan pengalaman anda.

Contohnya, kami boleh menggunakan kuki ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri yang paling popular di kalangan pengguna kami dan yang mana satu memerlukan sedikit perubahan.

Pemasaran
Kami menggunakan kuki ini untuk menyampaikan iklan, untuk menjadikannya lebih relevan dan bermakna kepada pengguna, dan untuk mengesan kecekapan kempen pengiklanan kami dalam perkhidmatan kami dan juga laman atau aplikasi mudah alih yang lain. Rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga kami

Rakan kongsi pengiklanan pihak ketiga:

×
  • Twitter
  • Pinterest
  • Google Analytics
  • LinkedIn
  • Bing
  • Pardot
mungkin menggunakan kuki ini untuk membina sebuah profil untuk minat anda dan menyampaikan pengiklanan yang relevan pada laman yang lain.

Analisis dan Perkhidmatan Pengiklanan

Disediakan oleh Pihak Lain

Kami mungkin membenarkan syarikat lain menggunakan kuki pada perkhidmatan kami. Syarikat-syarikat ini mungkin mengumpul maklumat tentang cara anda menggunakan perkhidmatan kami dari semasa ke semasa dan menggabungkannya dengan maklumat serupa daripada perkhidmatan dan syarikat lain. Maklumat ini mungkin digunakan untuk, antara lain, menganalisa dan menjejak data, menentukan tahap populariti kandungan tertentu dan memahami aktiviti dalam talian anda dengan lebih baik.

Selain itu, syarikat-syarikat tertentu, termasuk ahli gabungan kami, mungkin menggunakan maklumat yang dikumpul pada perkhidmatan kami untuk mencegah penipuan atau aktiviti lain yang tidak dibenarkan atau menyalahi undang-undang dan untuk mengukur dan mengoptimumkan prestasi iklan dan menyampaikan iklan yang lebih relevan bagi pihak kami atau syarikat lain, termasuklah laman web dan aplikasi pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut mengenai iklan berasaskan internet dan pilihan yang tersedia kepada anda, baca ini.

Disediakan oleh Kami

Kami mungkin mengumpul maklumat tentang aktiviti anda pada perkhidmatan pihak ketiga yang menggunakan kuki yang disediakan oleh kami. Kami menggunakan maklumat ini untuk menambah baik perkhidmatan pengiklanan kami, termasuk mengukur prestasi iklan dan menunjukkan iklan yang lebih relevan kepada anda. Kunjungi halaman Keutamaan Iklan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengiklanan Snapchat dan bagaimana anda boleh mengawal maklumat yang digunakan untuk memilih iklan yang anda lihat.

Pilihan Anda

Pelayar anda mungkin menyediakan pilihan untuk menolak beberapa atau semua kuki pelayar. Anda juga mungkin boleh mengeluarkan kuki daripada pelayar anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan kuki pelayar, sila ikuti arahan yang disediakan oleh pelayar anda.

Kuki Pelayar

Pelayar anda mungkin menyediakan pilihan untuk menolak beberapa atau semua kuki pelayar. Anda juga mungkin boleh mengeluarkan kuki daripada pelayar anda. Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan kuki pelayar, sila ikuti arahan yang disediakan oleh pelayar anda.

Pengecam Peranti Mudah Alih

Sistem operasi mudah alih anda mungkin membolehkan anda mengeluarkan diri (opt-out) daripada penggunaan pengecam peranti tertentu untuk pengiklanan berasaskan internet. Rujuk kepada arahan yang disediakan oleh pengilang peranti mudah alih anda; maklumat ini biasanya boleh didapati di bawah fungsi "seting" peranti mudah alih anda.

Tambahan pula, jika peranti mudah alih anda menawarkan proses nyahpasang, anda boleh menghalang kami daripada mengumpul maklumat melalui aplikasi dengan menyahpasang aplikasi Snapchat.

Tukar Seting Anda

Anda juga boleh menyekat kuki tertentu dengan melaraskan seting anda di laman kami.