Prinsip-prinsip Privasi Kami
Di Snap, kami mengutamakan privasi anda. Kami tahu bahawa anda lebih meyakini kami setiap kali anda menggunakan Snapchat atau mana-mana produk kami yang lain — oleh itu kami mengendalikan maklumat anda dengan cara yang berlainan berbanding kebanyakan syarikat teknologi yang lain.
Kami tidak menyimpan mesej peribadi anda dan kami tidak menayangkan garis masa tentang setiap paparan anda kepada pihak umum. Snapchat direka supaya orang lain boleh melihat perkara yang anda ingin kongsi untuk tempoh yang anda ingin kongsi. Kami percaya bahawa ini menjadikan pengalaman Snapchat lebih seperti perbualan bersama rakan-rakan dan bukan suatu rekod kekal.
Walaupun produk kami sentiasa berubah, prinsip-prinsip privasi kami kekal seadanya:
Kami berkomunikasi dengan jujur dan terbuka
Apabila anda menggunakan produk Snap, anda berkongsi maklumat dengan kami — ia adalah tanggungjawab kami untuk membantu anda memahami bagaimana maklumat tersebut digunakan. Dasar Privasi kami menerangkan cara kami mengumpul, mengguna dan berkongsi maklumat — anda boleh membaca sorotan di sini. Jika anda ingin tahu tentang bagaimana ciri-ciri tertentu menggunakan data anda, Dasar Privasi memberi penerangan yang lebih lanjut. Kami turut menerangkan bagaimana ciri-ciri menggunakan data terus dalam aplikasi kami dan seluruh Pusat Sokongan kami. Jika anda masih tidak menjumpai maklumat yang anda perlukan, anda sentiasa boleh bertanya kepada kami!
Anda pilih bagaimana untuk menyatakan pendapat anda
Kami percaya bahawa privasi itu penting untuk menggalakkan pernyataan diri. Itulah sebabnya anda mempunyai kawalan kepada siapa anda berkongsi, bagaimana anda berkongsi dan berapa lama ia boleh dilihat. Anda tentukan siapa yang boleh melihat Cerita anda, siapa rakan-rakan yang boleh melihat Bitmoji anda pada Peta Snap dan berapa lama Snap anda akan disiarkan. Anda boleh membataskan tontonan kepada hanya anda dan seorang rakan atau berkongsi suatu detik dengan seluruh dunia! Ketahui lebih lanjut.
Reka bentuk yang mengutamakan privasi
Ciri-ciri baharu melalui proses semakan privasi yang intensif — kami membincang dan mendebatkan setiap perkara dan kami berusaha keras untuk menghasilkan produk yang kami banggakan dan memastikan ia adalah sesuatu yang kami ingin gunakan. Nyatalah bahawa kami menggunakan produk-produk ini setiap hari, di tempat kerja mahupun dalam kehidupan peribadi. Kami mengendalikan maklumat anda dengan tahap kecermatan sama yang digunakan untuk diri sendiri, syarikat kami, keluarga kami dan rakan-rakan kami.
Anda mengawal maklumat anda
Anda mempunyai hak untuk mengawal maklumat anda. Oleh itu, kami menyediakan cara yang mudah untuk mengakses dan mengemaskini maklumat anda, melaras jumlah maklumat yang anda kongsi bersama kami dan meminta supaya kami memadam maklumat anda — atau akaun anda, sepenuhnya. Anda boleh mengawal kebanyakan daripada seting privasi terus dari aplikasi mudah alih kami. Anda juga boleh log masuk dan muat turun maklumat Snapchat anda di sini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan spesifik tentang data anda, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami!
Pemadaman secara lalai
Snapchat bermatlamat untuk mencipta suasana yang mirip dengan masa yang diluangkan bersama rakan-rakan secara bersemuka — sebab itulah Snap dan Sembang dipadamkan daripada pelayan kami selepas ia dibuka atau telah luput. Selepas Snap dipadamkan, kami hanya dapat melihat butiran asas — misalnya waktu ia dihantar dan kepada siapa ia dihantar. Ketahui lebih lanjut.
Penting untuk diingat bahawa penyembang Snap lain boleh mengambil syot layar atau menggunakan aplikasi pihak ketiga untuk menyimpan sesuatu. Kesimpulannya, lebih baik berkongsi hanya kandungan yang perlu diketahui dengan kenalan yang anda percayai — seperti yang anda lakukan dalam kehidupan sebenar!