Terma Perkhidmatan Specs Inc.

Berkuat Kuasa: 15 Jun 2026

Selamat Datang!

Kami telah merangka Terma Perkhidmatan ini (yang kami panggil "Terma") supaya anda akan mengetahui peraturan-peraturan yang mengawal hubungan kami dengan anda sebagai pengguna laman web SPECS, aplikasi SPECS, atau mana-mana produk atau perkhidmatan kami yang lain yang tertakluk kepadanya (yang kami rujuk secara kolektif sebagai "Perkhidmatan SPECS"). Terma ini membentuk kontrak yang mengikat secara sah antara anda dan Specs Inc. ("Specs"). Jadi sila baca dengan teliti.

Beberapa Perkhidmatan SPECS diperibadikan dan kami memberikan maklumat mengenai cara ia berfungsi dalam Terma ini, Dasar Privasi kami, di Laman Sokongan kami, dan dalam Perkhidmatan SPECS sendiri (seperti dalam notis, persetujuan, dan seting). Sumber ini secara kolektif mengawal penggunaan Perkhidmatan SPECS anda dan membentuk perjanjian kami dengan anda.

Terma ini juga merangkumi Terma Perkhidmatan Snap. Perkhidmatan SPECS adalah "Perkhidmatan" seperti yang ditakrifkan dalam Terma Perkhidmatan Snap, yang antara lain, bermaksud penggunaan Perkhidmatan SPECS anda tertakluk kepada penafian dan had liabiliti dalam Terma Perkhidmatan Snap.

Dengan menggunakan mana-mana Perkhidmatan SPECS kami, anda bersetuju dengan Terma tersebut. Sudah tentu, jika anda tidak bersetuju dengan Terma tersebut, maka jangan gunakan Perkhidmatan SPECS.

NOTIS PENIMBANGTARAAN:

TERMA INI MENGGABUNGKAN FASAL TIMBANG TARA DALAM TERMA PERKHIDMATAN SNAP. JIKA ANDA TINGGAL DI AMERIKA SYARIKAT, ANDA DAN SPECS BERSETUJU BAHAWA, KECUALI JENIS PERTIKAIAN TERTENTU YANG DISEBUT DALAM FASAL TIMBANG TARA TERSEBUT, PERTIKAIAN ANTARA KAMI AKAN DISELESAIKAN OLEH PENIMBANGTARAAN YANG MENGIKAT, DAN ANDA DAN SPECS MELEPASKAN SEBARANG HAK UNTUK MENYERTAI TUNTUTAN UNDANG-UNDANG TINDAKAN KELAS ATAU PENIMBANGTARAAN KELAS. ANDA BERHAK UNTUK MEMILIH UNTUK KELUAR DARIPADA PENIMBANGTARAAN SEPERTI YANG DIJELASKAN DALAM FASAL TIMBANG TARA TERSEBUT.

JIKA ANDA TINGGAL DI LUAR AMERIKA SYARIKAT, MUNGKIN TERDAPAT BEBERAPA HAK TAMBAHAN YANG TERPAKAI PADA PERJANJIAN ANDA DENGAN KAMI. PERUNTUKAN TERMA INI TIDAK MEMPENGARUHI HAK BERKANUN YANG MUNGKIN ANDA MILIKI DI BAWAH UNDANG-UNDANG DI NEGARA TEMPAT ANDA TINGGAL.

Beberapa Perkhidmatan SPECS kami mungkin mempunyai terma tambahan yang mengandungi peruntukan penyelesaian pertikaian yang khusus untuk Perkhidmatan SPECS tersebut atau tempat tinggal anda.

Jika anda menggunakan Perkhidmatan SPECS bagi pihak perniagaan (bukan untuk kegunaan peribadi anda), anda dan SPECS bersetuju bahawa setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, semua tuntutan dan pertikaian antara kami yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma ini atau penggunaan Perkhidmatan SPECS akhirnya akan diselesaikan melalui penimbangtaraan yang mengikat di bawah Peraturan-peraturan timbang tara LCIA, yang dimasukkan dengan merujuk ke dalam fasal ini. Akan ada seorang penimbang tara (yang akan dilantik oleh LCIA), penimbangtaraan tersebut akan dijalankan di London, dan penimbangtaraan tersebut akan dikendalikan dalam Bahasa Inggeris. Jika anda tidak ingin bersetuju dengan fasal ini, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan SPECS.

1. Siapa yang Boleh Menggunakan Perkhidmatan SPECS

Perkhidmatan SPECS tidak ditujukan kepada sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun, dan anda mesti berumur 18 tahun ke atas untuk menggunakan perkhidmatan SPECS. Untuk menggunakan Perkhidmatan SPECS, SPECS memberikan anda lesen yang tidak boleh diwakilkan, tidak eksklusif, boleh dibatalkan, dan tidak boleh disublisenkan mengikut Terma ini dan dasar kami. Ciri percubaan maya kami memberikan anggaran sahaja dan kami tidak menjamin kesesuaian atau ukuran yang tepat.

Kami mungkin menawarkan Perkhidmatan SPECS tambahan dengan terma tambahan yang mungkin memerlukan anda berumur lebih tua untuk menggunakannya. Jadi sila baca semua terma tersebut dengan teliti. Dengan menggunakan Perkhidmatan SPECS, anda menyatakan, menjamin, dan bersetuju bahawa:

  • anda boleh membentuk kontrak yang mengikat dengan SPECS;

  • anda bukan orang yang dilarang menggunakan perkhidmatan SPECS di bawah undang — undang Amerika Syarikat atau mana-mana bidang kuasa lain yang berkenaan-termasuk, sebagai contoh, bahawa anda tidak muncul dalam Senarai Warganegara yang Ditetapkan khas oleh Jabatan Perbendaharaan AS atau menghadapi sebarang larangan lain yang serupa;

  • anda bukan seorang pesalah laku seks yang pernah disabitkan; dan

  • anda akan mematuhi Terma ini (termasuk sebarang terma dan dasar lain yang dirujuk dalam Terma ini) dan semua undang-undang, peraturan-peraturan, dan peraturan tempatan, negeri, kebangsaan, dan antarabangsa yang berkenaan.

Jika anda menggunakan Perkhidmatan SPECS bagi pihak perniagaan atau entiti lain, anda menyatakan bahawa anda dibenarkan untuk mengikat perniagaan atau entiti tersebut kepada Terma ini dan anda bersetuju dengan Terma ini bagi pihak perniagaan atau entiti tersebut (dan semua rujukan kepada "anda" dan "milik anda" dalam Terma ini bermaksud anda sebagai pengguna akhir dan perniagaan atau entiti itu).

2. Privasi

Privasi anda penting kepada kami. Anda boleh mengetahui bagaimana maklumat anda dikendalikan apabila anda menggunakan Perkhidmatan SPECS kami dengan membaca Dasar Privasi kami.

3. Menghormati Perkhidmatan SPECS dan Hak SPECS

Antara anda dan kami, SPECS adalah pemilik Perkhidmatan SPECS, yang termasuk semua jenama yang berkaitan, karya pengarangan, perisian dan kandungan, ciri serta teknologi proprietari lain. Perkhidmatan SPECS juga mungkin dilindungi oleh paten yang dimiliki oleh SPECS atau anggota gabungannya, termasuk yang disenaraikan di www.specs.com/patents.

Anda juga mesti menghormati hak SPECS dan mematuhi Garis Panduan Jenama SPECS dan sebarang garis panduan lain, halaman sokongan, atau soalan lazim yang diterbitkan oleh Specs atau anggota gabungan kami. Ini bermakna, antara lain, anda tidak boleh melakukan, cuba melakukan, membolehkan, atau menggalakkan orang lain untuk melakukan, mana-mana perkara berikut dan berbuat demikian mungkin menyebabkan kami menamatkan atau menggantung akses anda kepada Perkhidmatan SPECS:

  • menggunakan penjenamaan, tanda dagangan, logo, ikon, elemen antara muka pengguna, rupa dan rasa produk atau jenama, reka bentuk, foto, video, atau sebarang bahan lain yang disediakan oleh SPECS melalui Perkhidmatan SPECS, kecuali seperti yang dibenarkan secara eksplisit oleh Terma ini, Garis Panduan Jenama SPECS atau anggota gabungan kami.

Secara ringkasnya: Kami memiliki atau mengawal semua kandungan, ciri-ciri dan fungsi Perkhidmatan SPECS. Untuk memastikan Perkhidmatan SPECS dan pengguna lain dilindungi daripada bahaya, terdapat peraturan-peraturan yang perlu anda ikuti apabila anda menggunakan Perkhidmatan SPECS kami.

4. Menghormati Hak Orang Lain

SPECS menghormati tanda dagangan, hak cipta, dan undang-undang harta intelek lain, termasuk Akta Hak Cipta Milenium Digital dan mengambil langkah yang munasabah untuk mengalih keluar dengan segera daripada Perkhidmatan Specs kami sebarang bahan yang melanggar yang kami sedari. Jika anda percaya bahawa apa-apa dalam Perkhidmatan SPECS melanggar hak cipta yang anda miliki atau kawal, sila laporkan menggunakan borang yang boleh diakses melalui alat ini. Atau anda boleh memfailkan notis dengan ejen kami yang ditetapkan: Specs Inc., Attn: Ejen Hak Cipta, 3000 31st Street, Santa Monica, CA 90405, e-mel: copyright@specs.com. Jangan gunakan alamat e-mel ini melainkan untuk melaporkan pelanggaran hak cipta, kerana e-mel yang tidak berkaitan tidak akan dilayan. Untuk melaporkan bentuk pelanggaran lain, termasuk pelanggaran tanda dagangan, pada Perkhidmatan SPECS, sila gunakan alat yang boleh diakses di sini

Ringkasnya: Jika anda melihat apa-apa yang anda percaya melanggar hak harta intelek anda, beritahu kami.

5. Mengubah Suai Perkhidmatan SPECS dan Terma Ini

Kami sentiasa berusaha menambah baik Perkhidmatan SPECS kami dan sentiasa membangunkan perkhidmatan baharu dari semasa ke semasa. Ini bermakna kami boleh menambah atau mengalih keluar ciri, produk, atau fungsi, dan kami juga boleh menggantung atau menghentikan Perkhidmatan SPECS sepenuhnya. Kami boleh mengambil mana-mana tindakan ini pada bila-bila masa atas apa jua sebab, dan apabila kami berbuat demikian, kami mungkin tidak akan memberikan apa-apa notis kepada anda terlebih dahulu.

Ini juga bermakna kami mungkin perlu mengemas kini Terma ini untuk mencerminkan sebarang perubahan kepada Perkhidmatan SPECS kami atau cara kami menyediakannya, serta untuk mematuhi keperluan undang-undang, atau atas sebab undang-undang atau keselamatan yang lain. Jika perubahan kepada Terma ini adalah penting, kami akan memberikan notis awal yang munasabah kepada anda (melainkan perubahan tersebut perlu dilaksanakan lebih awal, contohnya akibat perubahan keperluan undang-undang atau apabila kami melancarkan Perkhidmatan SPECS atau ciri baharu) Jika anda terus menggunakan Perkhidmatan SPECS sebaik sahaja perubahan berkuat kuasa, kami akan menganggapnya sebagai penerimaan anda.

Secara ringkasnya: Perkhidmatan SPECS kami akan berkembang dari masa ke semasa. Kami mungkin kemas kini Terma ini dari semasa ke semasa untuk mencerminkan perubahan ini atau atas sebab lain.

6. Penimbangtaraan, Penepian Tindakan Kelas, dan Penepian Juri

SILA BACA FASAL TIMBANG TARA DALAM TERMA PERKHIDMATAN SNAP DENGAN TELITI KERANA IA MENYATAKAN BAHAWA ANDA DAN SPECS BERSETUJU UNTUK MENYELESAIKAN SEMUA PERTIKAIAN ANTARA KAMI MELALUI PENIMBANGTARAAN INDIVIDU YANG MENGIKAT DAN TERMASUK PENEPIAN TINDAKAN KELAS DAN PENEPIAN PERBICARAAN JURI. 

  1. Menarik Diri Anda boleh menarik diri daripada Perjanjian Timbang Tara seperti yang dijelaskan dalam Terma Perkhidmatan Snap. Maklumat hubungan untuk notis menarik diri anda ialah: Specs Inc., Attn: Penarikan Diri Penimbangtaraan, 3000 31st Street, Santa Monica, CA 90405, atau e-mel notis penarikan diri ke arbitration-opt-out@specs.com.

Ringkasnya: Melainkan anda menggunakan hak anda untuk menarik diri, SPECS dan anda akan menyelesaikan semua tuntutan dan pertikaian terlebih dahulu melalui proses penyelesaian pertikaian tidak rasmi dan, jika itu tidak menyelesaikan isu itu, secara individu menggunakan penimbangtaraan yang mengikat. Ini bermakna anda tidak boleh membawa saman tindakan kelas terhadap kami sekiranya berlaku tuntutan atau pertikaian.

7. Pilihan Undang-undang

Melainkan setakat mana yang diketepikan oleh undang-undang persekutuan Amerika Syarikat, undang-undang California, selain daripada prinsip konflik undang-undangnya, mentadbir Terma ini dan apa-apa tuntutan dan pertikaian (sama ada kontrak, tort atau dengan cara lain) yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma atau hal perkara yang menjadi subjeknya.

8. Penduduk California

Jika anda penduduk California, menurut Cal. Siv. Kod § 1789.3, anda boleh melaporkan aduan kepada Unit Bantuan Aduan Bahagian Khidmat Pengguna Jabatan Hal Ehwal Pengguna California dengan menghubungi mereka secara bertulis di alamat 1625 North Market Blvd., Suite N 112 Sacramento, CA 95834, atau melalui telefon di (800) 952 -5210.

9. Terma Akhir

Terma ini, termasuk Terma tambahan yang dirujuk pada bahagian awal, membentuk keseluruhan perjanjian antara anda dan SPECS, dan menggantikan sebarang perjanjian sebelumnya. Terma ini tidak mencipta atau memberi apa-apa hak benefisiari pihak ketiga. Jika kami tidak menguatkuasakan peruntukan dalam Terma ini, ia tidak akan dianggap sebagai penepian hak kami untuk menguatkuasakan Terma ini. Kami berhak untuk memindahkan hak kami di bawah Terma ini dan menyediakan Perkhidmatan SPECS menggunakan entiti lain, dengan syarat entiti tersebut mematuhi Terma ini. Anda tidak boleh memindah mana-mana hak atau kewajipan anda di bawah Terma ini tanpa kebenaran daripada kami. Kami mempunyai semua hak yang tidak diberi kepada anda secara nyata.

10. Hubungi Kami

Specs mengalu-alukan komen, soalan, kebimbangan, atau cadangan. Anda boleh hubungi kami atau dapatkan sokongan di sini. Kami selalu suka mendengar daripada pengguna-pengguna kami. Namun jika anda membekalkan maklum balas atau cadangan, sila ketahui bahawa kami boleh menggunakan maklum balasa atau cadangan tersebut tanpa memberi pampasan kepada anda, dan tanpa apa-apa had ataupun kewajipan kepada anda. Anda bersetuju bahawa kami akan memiliki semua hak dalam apa sahaja yang kami bangunkan berdasarkan maklum balas atau cadangan tersebut.

Specs Inc. terletak di Amerika Syarikat di 3000 31st Street, Santa Monica, California 90405.