Jika anda tinggal di Amerika Syarikat atau lokasi perniagaan utama anda terletak di Amerika Syarikat, anda bersetuju menerima Snap Inc. Terma Perkhidmatan.
Jika anda tinggal di luar Amerika Syarikat atau jika tempat perniagaan utama anda berada di luar Amerika Syarikat, anda bersetuju menerima Terma Perkhidmatan Snap Group Limited.
Terma Perkhidmatan Snap Inc.
Berkuatkuasa: 15 November 2021
Kami telah mendrafkan Terma Perkhidmatan ini (yang kami rujuk sebagai “Terma”) agar anda mengetahui peraturan yang mentadbir hubungan kami dengan anda sebagai pengguna Perkhidmatan kami. Walaupun kami telah mencuba sedaya upaya untuk mengurangkan bahasa perundangan dalam Terma ini, tetap ada situasi tertentu di mana Terma ini masih berbunyi seperti kontrak biasa. Terdapat alasan yang kukuh untuk itu: Terma ini membentuk satu kontrak yang mengikat di sisi undang-undang antara anda dengan Snap Inc. (“Snap”). Oleh yang demikian, sila baca dengan teliti.
Dengan menggunakan Snapchat, Bitmoji, atau mana-mana produk atau perkhidmatan kami yang lain yang tertakluk kepada Terma ini (yang kami rujuk secara kolektif sebagai “Perkhidmatan”), anda bersetuju menerima Terma. Sudah tentu, jika anda tidak bersetuju, jangan gunakan Perkhidmatan kami.
Terma ini terpakai jika anda tinggal di Amerika Syarikat atau jika lokasi perniagaan utama anda terletak di Amerika Syarikat. Jika anda tinggal di luar Amerika Syarikat atau jika lokasi perniagaan utama anda berada di luar Amerika Syarikat, Snap Group Limited yang menyediakan Perkhidmatan kepada anda dan hubungan anda ditadbir oleh Terma Perkhidmatan Snap Group Limited.
NOTIS TIMBANG TARA: TERMA TERSEBUT MENGANDUNGI FASAL TIMBANG TARA DI KEMUDIAN HARI. KECUALI UNTUK JENIS-JENIS PERTIKAIAN TERTENTU YANG DINYATAKAN DALAM FASAL TIMBANG TARA TERSEBUT, ANDA DAN SNAP BERSETUJU BAHAWA PERTIKAIAN ANTARA KITA AKAN DISELESAIKAN OLEH TIMBANG TARA PENGIKATAN MANDATORI, DAN ANDA DAN SNAP MENGETEPIKAN MANA-MANA HAK UNTUK MENYERTAI TINDAKAN BERKUMPULAN ATAU TIMBANG TARA BERKUMPULAN. ANDA BERHAK UNTUK MEMILIH UNTUK KELUAR DARIPADA TIMBANG TARA SEPERTI YANG DIJELASKAN DALAM FASAL TIMBANG TARA TERSEBUT.
Tiada sesiapa di bawah umur 13 tahun dibenarkan untuk mencipta akaun atau menggunakan Perkhidmatan. Jika anda berumur bawah 18 tahun, anda hanya boleh menggunakan Perkhidmatan dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga sah anda terlebih dahulu. Sila pastikan ibu bapa atau penjaga anda yang sah telah mengkaji semula dan membincangkan Terma ini dengan anda sebelum anda mula menggunakan Perkhidmatan tersebut. Kami mungkin akan menawarkan Perkhidmatan tambahan dengan terma-terma tambahan yang mungkin memerlukan anda untuk berumur lebih daripada yang dinyatakan, untuk menggunakannya. Oleh itu, sila baca semua terma dengan teliti. Dengan menggunakan Perkhidmatan, anda memberikan gambaran, jaminan dan persetujuan bahawa:
anda boleh membentuk satu kontrak yang mengikat dengan Snap;
anda bukan seorang yang telah disekat daripada menerima Perkhidmatan di bawah undang-undang Amerika Syarikat atau mana-mana bidang kuasa lain yang berkenaan—termasuk, contohnya, bahawa anda tidak berada dalam senarai Warganegara Tentuan Khas ("Specially Designated Nationals") Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat atau dikenakan mana-mana larangan yang serupa;
anda bukan seorang pesalah laku seks yang pernah disabitkan; dan
anda akan mematuhi Terma ini serta semua undang-undang, peraturan, dan aturan yang terpakai di peringkat tempatan, negeri, nasional dan antarabangsa.
Jika anda menggunakan Perkhidmatan bagi pihak perniagaan atau entiti lain, anda menggambarkan bahawa anda dibenarkan untuk mengikat perniagaan atau entiti tersebut kepada Terma ini dan anda bersetuju kepada Terma ini bagi pihak perniagaan atau entiti tersebut (dan semua rujukan kepada "anda" dan "anda" dalam Terma ini membawa maksud anda berdua sebagai pengguna akhir dan perniagaan atau entiti tersebut). Jika anda menggunakan Perkhidmatan bagi pihak entiti Kerajaan Amerika Syarikat, anda bersetuju dengan Pindaan kepada Terma Perkhidmatan Snap Inc. untuk Pengguna Kerajaan Amerika Syarikat.
Antara anda dan kami, Snap (dan pemberi lesennya) ialah pemilik Perkhidmatan, termasuk semua kandungan proprietari, maklumat, bahan, perisian, gambar, teks, grafik (termasuk sebarang avatar Bitmoji yang mungkin anda hasilkan menggunakan unsur visual yang kami sediakan), ilustrasi, logo, paten, tanda dagang, tanda perkhidmatan, hak cipta, fotograf, audio, video, muzik, dan “rupa dan gaya” Perkhidmatan, dan semua hak harta intelek yang berkaitan. Snap memberi anda lesen seluruh dunia, bebas royalti, tidak boleh diserah hak, tidak eksklusif, boleh ditarik balik, dan tidak boleh disublesenkan untuk menggunakan Perkhidmatan. Lesen ini adalah untuk tujuan menggunakan dan menikmati Perkhidmatan dengan cara yang dibenarkan oleh Terma ini dan dasar kami, seperti Garis Panduan Komuniti dan Garis Panduan Bunyi di Snapchat, semata-mata. Anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan dengan cara yang tidak dibenarkan oleh Terma ini. Anda juga tidak boleh membantu sesiapa untuk berbuat demikian.
Kebanyakan Perkhidmatan kami membenarkan anda mencipta, memuat naik, menyiarkan, menghantar, menerima, dan menyimpan isi kandungan. Apabila anda berbuat demikian, anda kekal memegang apa-apa hak milikan dalam isi kandungan tersebut yang sememangnya milik anda dari asalnya. Tetapi anda memberikan kami lesen untuk menggunakan kandungan tersebut. Keluasan skop lesen tersebut bergantung kepada Perkhidmatan mana yang digunakan oleh anda dan Seting yang telah dipilih oleh anda.
Untuk semua kandungan yang anda hantar kepada Perkhidmatan tersebut, anda membenarkan Snap dan sekutu kami seluruh dunia, bebas royalti, boleh disublesenkan, dan boleh dipindah kepada hos, cache, guna, papar, mengeluar semula, mengubah suai, menyesuaikan, mengedit, menerbit, menganalisa, menghantar, dan mengedar kandungan tersebut. Lesen ini adalah untuk tujuan pengoperasian, pembangunan, penyediaan, promosi dan penambahbaikan Perkhidmatan tersebut dan menyelidik serta membangunkan yang baharu. Lesen ini termasuk hak untuk kami membuat kandungan anda tersedia kepada, dan memindahkan hak-hak ini bersama kepada, pembekal perkhimatan yang mana kami mempunyai hubungan kontraktual berkaitan dengan peruntukkan Perkhidmatan tersebut, hanya untuk tujuan menyediakan Perkhidmatan sebegitu.
Kami memanggil penghantaran Cerita yang boleh ditonton oleh Semua orang juga kandungan yang anda hantar kepada Perkhidmatan awam, seperti Profil Awam, Peta Snap, atau Studio Lens, "Kandungan Awam." Kerana Kandungan Awam ini bersifat umum, anda membenarkan Snap, sekutu kami, pengguna lain Perkhidmatan tersebut, dan rakan kongsi perniagaan kami kesemua hak yang anda berikan untuk bukan Kandungan Awam di dalam perenggan terdahulu, juga hak dan lesen tanpa sekatan, sah di seluruh dunia, bebas royalti, tidak boleh ditarik balik, dan berkekalan untuk mencipta kerja-kerja derivatif dari, mempromosi, mengekshibit, menyiar, mensindiket, mengeluar semula, mengedar, menyegerakkan, grafik overlay dan kesan pendengaran di, membuat persembahan secara umum, dan memapar secara umum kesemua atau mana-mana bahagian Kandungan Awam anda (termasuk video berasingan, imej, rakaman bunyi, atau komposisi muzikal yang terkandung di dalamnya) dalam apa-apa bentuk dan dalam mana-mana dan semua media atau pengedaran kaedah, kini dikenali atau kemudian dibangunkan. Apabila anda terpapar dalam, membuat, memuat naik, menyiarkan, atau menghantar Kandungan Umum (termasuk Bitmoji anda), anda juga memberi Snap, sekutu kami, pengguna Perkhidmatan lain, dan rakan niaga kami hak dan lesen tanpa sekatan, sah di seluruh dunia, bebas royalti, tidak boleh ditarik balik, dan berkekalan untuk menggunakan nama, kesamaan, dan suara, sesiapa sahaja yang ditampilkan dalam Kandungan Umum anda untuk tujuan komersial dan bukan komersial. Ini bermakna, antara lainnya, bahawa anda tidak ada hak untuk apa-apa pampasan jika kandungan, video, foto, rakaman bunyi, komposisi muzikal, nama, kesamaan, atau suara anda yang digunakan oleh kami, sekutu kami, pengguna Perkhidmatan tersebut, atau rakan kongsi kami. Untuk maklumat tentang cara untuk menyesuaikan siapa yang boleh menonton kandungan anda, sila lihat Dasar Privasi dan Tapak Sokongankami. Semua Kandungan Awam mesti sesuai untuk orang yang berusia 13+.
Walaupun kami tidak perlu berbuat demikian, kami boleh mengakses, meninjau, menyaring, dan memadam kandungan anda pada bila-bila masa dan untuk apa jua sebab, termasuk untuk menyedia dan membangunkan Perkhidmatan tersebut ataupun jika kami mendapati bahawa isi kandungan anda melanggar Terma tersebut. Namun demikian, hanya anda, kekal bertanggungjawab terhadap kandungan yang anda cipta, muat naik, siar, hantar, atau simpan melalui Perkhidmatan tersebut.
Kami, anggota gabungan kami, dan rakan kongsi pihak ketiga kami boleh meletakkan iklan di Perkhidmatan, termasuk iklan yang diperibadikan berdasarkan maklumat yang anda beri kepada kami, yang kami kumpulkan, atau yang kami perolehi tentang anda. Pengiklanan boleh kadang-kadang muncul berdekatan, antara, di atas, atau di dalam kandungan anda.
Kami selalu suka mendengar daripada pengguna-pengguna kami. Namun jika anda membekalkan maklum balas atau cadangan, sila ketahui bahawa kami boleh menggunakan maklum balasa atau cadangan tersebut tanpa memberi pampasan kepada anda, dan tanpa apa-apa had ataupun kewajipan kepada anda. Anda bersetuju bahawa kami akan memiliki semua hak dalam apa-apa bahan atau benda yang kami bangunkan berdasarkan maklum balas atau cadangan sebegitu.
Terma dan syarat tambahan tersenarai di halaman Terma & Dasar Snapatau yang sebaliknya tersedia untuk anda boleh terpakai untuk Perkidmatan sepesifik. Jika anda menggunakan Perkhidmatan tersebut, maka terma tambahan tersebut menjadi sebahagian daripada Terma-terma ini. Jika mana-mana terma tambahan yang berkenaan bercanggah dengan Terma ini, terma tambahan tersebut akan diutamakan semasa anda menggunakan Perkhidmatan yang berkaitan dengannya.
Privasi anda penting kepada kami. Anda boleh mengetahui bagaimana maklumat anda dikendalikan semasa anda menggunakan Perkhidmatan kami dengan membaca Dasar Privasi kami.
Kebanyakan kandungan di Perkhidmatan kami dihasilkan oleh pengguna, penerbit, dan pihak ketiga yang lain. Sama ada kandungan tersebut disiarkan secara umum atau dihantar secara peribadi, kandungan tersebut adalah tanggungjawab penuh pengguna tersebut atau entiti yang menghantarnya. Walaupun Snap merizabkan hak untuk mengkaji semula atau mengeluarkan semua kandungan yang muncul di Perkhidmatan tersebut, tidak semestinya kami mengkaji semula semuanya. Jadi kami tidak boleh—dan tidak akan—menjamin bahawa pengguna lain atau kandungan yang mereka berikan melalui Perkhidmatan tersebut akan mematuhi Terma atau Garis Panduan Komuniti kami.
Anda juga mesti menghormati hak Snap dan mematuhi Garis Panduan Jenama Snapchat, Garis Panduan Jenama Bitmoji, dan mana-mana garis panduan, halaman menyokong, atau FAQ yang diterbitkan oleh Snap atau sekutu kami. Ini bermakna, antara lainnya, anda tidak boleh melakukan, cuba melakukan, membolehkan, atau menggalakkan orang lain untuk melakukan, mana-mana daripada berikut:
menggunakan jenama, logo, ikon, unsur antara muka pengguna, reka bentuk, foto, video, atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam Perkhidmatan kami, kecuali yang dibenarkan secara eksplisit oleh Terma-terma ini, Garis Panduan Jenama Snapchat, Garis Panduan Jenama Bitmoji atau garis panduan jenama lain yang diterbitkan oleh Snap atau sekutu kami;
mencabul atau melanggar hak cipta, tanda dagang, atau lain-lain hak cipta intelektual hartanah Snap atau sekutu kami;
menyalin, mengubah suai, mengarkib, memuat turun, memuat naik, mendedahkan, mengedar, menjual, menyewa, mensindiket, menyiar, melaksanakan, memapar, menyediakan, membuat derivatif, atau sebaliknya menggunakan Perkhidmatan tersebut atau kandungan Perkhidmatan tersebut, selain daripada fail sementara yang secara automatik di cache oleh pelayar web anda untuk tujuan paparan, seperti yang jelas dibenarkan oleh kami secara bertulis, atau seperti tujuan kefungsian yang dibenarkan oleh Perkhidmatan tersebut;
mencipta lebih daripada satu akaun untuk diri anda, mencipta akaun lain jika kami telah melumpuhkan akaun anda, cuba untuk mengakses Perkhidmatan tersebut melalui aplikasi pihak ketiga yang tidak dibenarkan, mendapatkan kelayakan log masuk dari pengguna lain, atau membeli, menjual, menyewa, atau memajak akses kepada akaun anda, nama pengguna, Snap, atau pautan seorang rakan;
jurutera terbalik, pendua, menyusun semula, membongkar, atau menyahkod Perkhidmatan tersebut (termasuk idea atau algoritma yang mendasari), atau mengeluarkan kod sumber perisian Perkhidmatan;
menggunakan mana-mana robot, lelabah, perangkak, pengumpul atau cara automatik lain atau antara muka untuk mengakses Perkhidmatan tersebut atau mendapatkan maklumat pengguna lain;
menggunakan atau membangunkan mana-mana aplikasi pihak ketiga yang berinteraksi dengan Perkhidmatan tersebut atau kandungan atau maklumat pengguna lain tanpa kebenaran bertulis daripada kami;
menggunakan Perkhidmatan tersebut dalam cara yang boleh mengganggu, menggendala, memberi kesan secara negatif, atau menghalang pengguna lain daripada menikmati Perkhidmatan tersebut, atau yang boleh merosakkan, menyahdayakan, membebani, atau merosakkan fungsi Perkhidmatan tersebut;
memuat naik virus atau kod jahat atau sebaliknya mengkompromikan, atau memintas keselamatan Perkhidmatan tersebut;
membuat percubaan untuk memintas mana-mana teknik penapisan kandungan yang kami gunakan, atau mencuba untuk mengakses bahagian atau ciri Perkhidmatan yang anda tidak dibenarkan untuk mengaksesnya;
menyiasat, mengimbas, atau menguji kerentanan Perkhidmatan kami atau mana-mana sistem atau rangkaian;
melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan yang terpakai berhubung akses anda kepada atau penggunaan Perkhidmatan; atau
mengakses atau menggunakan Perkhidmatan tersebut dalam apa-apa cara yang jelas tidak dibenarkan di bawah Terma-terma ini atau Garis Panduan Komuniti kami.
Snap menghormati hak orang lain. Dan anda juga patut berbuat demikian. Oleh yang demikian anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan tersebut, atau membenarkan orang lain untuk menggunakan Perkhidmatan tersebut, dalam cara yang mencabul atau melanggar hak publisiti, privasi, hak cipta, tanda dagang, atau hak cipta intelektual hartanah lain yang merupakan milik orang lain. Apabila anda menghantar kandungan kepada Perkhidmatan, anda bersetuju dan menggambarkan bahawa anda memiliki kandungan tersebut, atau anda telah menerima semua keizinan, pelepasan, dan kebenaran yang diperlukan untuk menghantarnya ke Perkhidmatan (termasuk, jika terpakai, hak untuk membuat pengeluaran semula mekanikal kerja-kerja muzikal yang terkandung dalam apa-apa rakaman bunyi, menyegerakkan mana-mana komposisi kepada mana-mana kandungan, membuat persembahan secara umum mana-mana komposisi atau rakaman bunyi, atau mana-mana hak terpakai yang lain untuk mana-mana muzik yang tidak disediakan oleh Snap yang anda masukkan ke dalam kandungan anda) dan membenarkan hak dan lesen yang terkandung di dalam Terma ini untuk kandungan anda. Anda juga bersetuju bahawa anda tidak akan menggunakan atau cuba untuk menggunakan akaun pengguna lain kecuali seperti yang dibenarkan oleh Snap atau sekutunya.
Snap menghormati undang-undang hak cipta, termasuk Akta Hak Cipta Digital Milenium dan mengambil langkah-langkah munasabah untuk segera membuang dari Perkhidmatan kami apa-apa bahan yang melanggar yang kami ketahui. Jika Snap mendapat tahu bahawa pengguna telah berulang kali melanggar hak cipta, kami akan mengambil langkah-langkah munasabah yang dalam kuasa kami untuk menamatkan akaun pengguna tersebut. Jika anda mendapati bahawa terdapat mana-mana bahagian pada Perkhidmatan tersebut yang melanggar hak cipta yang anda miliki atau yang di bawah kawalan anda, sila laporkannya dengan menggunakan borang yang boleh diakses melalui kaedah ini. Atau anda boleh memfailkan notis dengan ejen kami yang dilantik: Snap Inc., Untuk perhatian: Copyright Agent, 3000 31st Street, Santa Monica, CA 90405, e-mel: copyright @ snap.com. Jangan gunakan alamat e-mel ini melainkan untuk melaporkan pelanggaran hak cipta, kerana e-mel yang tidak berkaitan tidak akan dilayan. Untuk melaporkan lain-lain bentuk pelanggaran ke atas Perkhidmatan tersebut, sila gunakan alatan yang boleh diakses di sini. Sekiranya anda mengemukakan notis kepada Ejen Hak Cipta kami, ia mestilah mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan di 17 U.S.C. § 512(c)(3). Ini bermakna bahawa notis tersebut mestilah:
mengandungi tandatangan fizikal atau elektronik individu yang diberi kuasa untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta;
mengenal pasti hasil kerja hak cipta yang didakwa telah dilanggar;
mengenal pasti bahan yang didakwa telah melanggar hak cipta atau menjadi subjek aktiviti pelanggaran dan harus dikeluarkan, atau menyahdayakan akses kepadanya, dan maklumat yang secukupnya untuk membolehkan kami mengesan bahan tersebut;
membekalkan maklumat hubungan anda, termasuk alamat, nombor telefon dan alamat e-mel anda;
memberikan kenyataan peribadi bahawa anda dengan suci hati percaya bahawa penggunaan bahan tersebut dengan cara yang telah diadukan adalah tidak dibenarkan oleh pemilik hak cipta, ejennya, atau undang-undang; dan
membekalkan kenyataan bahawa maklumat dalam notifikasi adalah tepat dan, di bawah penalti sumpah bohong, bahawa anda dibenarkan untuk bertindak bagi pihak pemilik hak cipta.
Kami cuba sedaya upaya untuk menjadikan Perkhidmatan kami satu tempat yang selamat untuk semua pengguna. Tetapi kami tidak dapat menjaminkannya. Di sinilah peranan anda bermula. Dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda bersetuju bahawa anda akan setiap masa mematuhi Terma ini, termasuk Garis Panduan Komuniti kami dan mana-mana dasar lain yang tersedia oleh Snap bagi memastikan keselamatan Perkhidmatan tersebut.
Jika anda gagal untuk mematuhi, kami merizabkan hak untuk mengeluarkan kandungan yang menghina, menamatkan atau mengehadkan keterlihatan akaun anda, dan memaklumkan pihak ketiga-termasuk penguatkuasaan undang-undang-dan memberikan pihak ketiga tersebut maklumat yang berkaitan dengan akaun anda. Langkah ini diperlukan untuk melindungi keselamatan pengguna kami, dan yang lain, untuk menyiasat, memulihkan, dan melaksanakan pencabulan Terma yang berpotensi, dan untuk mengesan dan menyelesaikan apa-apa soal penipuan atau keselamatan.
Kami juga prihatin terhadap keselamatan anda semasa menggunakan Perkhidmatan kami. Oleh itu, jangan gunakan Perkhidmatan kami dengan cara yang boleh mengganggu perhatian anda daripada mematuhi undang-undang trafik atau keselamatan. Contohnya, jangan sesekali menggunakan Perkhidmatan semasa memandu. Dan jangan sesekali membahayakan diri anda ataupun orang lain hanya untuk merakam sesuatu Snap.
Untuk menggunakan Perkhidmatan tertentu, anda mesti mencipta satu akaun. Anda bersetuju untuk memberi kami maklumat tepat, lengkap, dan terkini untuk akaun anda. Anda bertanggungjawab ke atas apa-apa aktiviti yang berlaku di dalam akaun Snapchat anda. Oleh itu, adalah penting untuk anda memastikan bahawa akaun anda selamat. Satu cara untuk berbuat demikian adalah dengan memilih satu kata laluan yang kukuh yang anda tidak gunakan untuk mana-mana akaun yang lain. Jika anda berpendapat bahawa seseorang telah memperolehi akses ke akaun anda, sila segera menghubungi Sokongan dengan segera. Mana-mana perisian yang kami sediakan, anda boleh muat turun, pasang untuk dinaik taraf, kemas kini, atau ciri-ciri baharu yang lain, secara automatik Anda mungkin boleh melaraskan muat turun automatik ini melalui seting peranti anda. Anda bersetuju untuk tidak mencipta sebarang akaun jika kami pernah mengeluarkan atau menyekat anda atau akaun anda daripada mana-mana Perkhidmatan kami, kecuali persetujuan kami telah diperolehi.
Memori adalah perkhidmatan penyimpanan data kami yang memudahkan anda untuk mengenang kembali masa silam pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. Apabila anda bersetuju dengan Terma ini, anda akan mendayakan Memori secara automatik. Sebaik sahaja Memori didayakan, ia akan kekal terdaya selagi anda mengekalkan akaun Snapchat anda. Tetapi anda sentiasa boleh mematikan ciri-ciri Memori tertentu melalui Seting.
Salah satu daripada pilihan yang kami sediakan dengan Memori adalah kebolehan untuk mencipta ruang terhad dengan menetapkan satu kod laluan, yang mungkin berbentuk PIN atau frasa laluan atau dalam mekanisme yang lain. Ini serupa dengan pilihan kunci peranti yang anda mungkin gunakan pada peranti telefon mudah alih anda; dengan menetapkan kod laluan, anda mengurangkan kemungkinan orang lain yang memegang alat peranti anda untuk melihat apa yang anda simpan dalam ruang terhad di Memori. Tetapi ini satu amaran yang sangat penting: jika anda kehilangan atau terlupa kod laluan Memori anda, atau jika anda terlalu banyak kali memasukkan kod yang salah, anda akan kehilangan akses kepada apa-apa kandungan yang anda simpan dalam ruang terhad di Memori. Kami tidak menawarkan apa-apa ciri-ciri pemulihan kod laluan untuk ruang terhad ini. Anda sahaja yang bertanggungjawab untuk mengingati kod laluan anda. Sila kunjungi Tapak Sokongan kami untuk butiran lebih lanjut tentang kod laluan.
Kandungan anda dalam Memori mungkin boleh menjadi tidak tersedia ada lagi atas beberapa sebab, termasuklah perkara-perkara seperti glic operasi atau satu keputusan daripada pihak kami untuk menamatkan akaun anda. Memandangkan kami tidak boleh berjanji bahawa kandungan anda akan sentiasa tersedia, kami mengesyorkan anda menyimpan salinan berasingan akan kandungan yang anda simpan ke Memori. Kami tidak menjanjikan bahawa Memori akan dapat memenuhi keperluan penyimpanan anda. Kami berhak untuk menetapkan had penyimpanan untuk Memori, dan kami boleh mengubah had ini dari masa ke masa mengikut budi bicara tunggal kami. Dan sama juga seperti Perkhidmatan kami yang lain, penggunaan Memori anda mungkin akan memakan ruang simpanan dalam peranti anda dan mungkin akan dikenakan caj data telefon mudah alih.
Jika anda bertanggungjawab untuk apa-apa caj telefon mudah alih yang dikenakan ke atas anda kerana menggunakan Perkhidmatan kami, termasuk teks mesej (seperti SMS, MMS, atau protokol atau teknologi masa depan) dan caj-caj data. Jika anda tidak pasti tentang apakah caj-caj tersebut, anda harus bertanya kepada pembekal perkhidmatan anda sebelum menggunakan Perkhidmatan tersebut.
Dengan menyediakan kami nombor telefon mudah alih anda, anda bersetuju untuk menerima mesej SMS dari Snap berkaitan dengan Perkhidmatan tersebut, termasuk tentang promosi, akaun anda, dan hubungan anda dengan Snap. Mesej SMS ini mungkin ditujukan ke nombor telefon mudah alih anda walaupun nombor telefon mudah alih anda didaftarkan dengan senarai Jangan Telefon bagi mana-mana negeri atau persekutuan, atau antarabangsa yang bersamaan dengannya.
Jika anda menukar atau menyahaktifkan nombor telefon mudah alih yang anda gunakan untuk mencipta akaun Snapchat, anda mesti mengemaskini maklumat akaun anda menerusi Seting dalam masa 72 jam untuk mengelakkan kami daripada menghantar mesej kepada orang lain, yang sepatutnya ditujukan kepada anda.
Perkhidmatan tertentu boleh memaparkan, memasukkan atau membuat kandungan, data, maklumat, aplikasi, ciri-ciri atau bahan tersedia dari pihak ketiga ("Bahan Pihak Ketiga"), atau menyediakan pautan kepada tapak web tetentu pihak ketiga. Jika anda menggunakan Bahan Pihak Ketiga yang tersedia melalui Perkhidmatan kami (termasuk Perkhidmatan yang kami tawarkan bersama dengan pihak ketiga), setiap terma pihak-pihak akan mentadbir hubugan pihak masing-masing dengan anda. Snap Inc. atau sekutu kami tidak bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan ke atas terma atau tindakan pihak ketiga di bawah terma pihak ketiga tersebut. Selanjutnya, dengan menggunakan Perkhidmatan tersebut, anda mengakui dan bersetuju bahawa Snap tidak bertanggungjawab kerana memeriksa atau menilai kandungan, ketepatan, kelengkapan, kesediaan, garis masa, kesahihan, pematuhan hak cipta, kesahan, kesopanan, kualiti atau mana-mana aspek Bahan Pihak Ketiga atau tapak web yang lain. Kami tidak menjamin atau mengendors dan tidak menganggap dan tidak akan mempunyai apa-apa liabiliti atau tangunggjawab kepada anda atau mana-mana orang untuk mana-mana perkhidmatan pihak ketiga, Bahan Pihak Ketiga atau tapak web pihak ketiga, atau mana-mana bahan, produk, atau perkhidmatan pihak ketiga yang lain. Bahan Pihak Ketiga dan pautan kepada laman web lain disediakan untuk memudahkan anda semata-mata.
Kita sentiasa menambah baik Perkhidmatan kami dan mencipta yang baharu secara berterusan. Ini bermakna kami boleh menambah atau mengeluarkan ciri, produk, ataupun fungsi, dan kami juga boleh menangguhkan atau menghentikan Perkhidmatan tersebut sama sekali. Kami boleh mengambil mana-mana tindakan ini pada bila-bila masa atas apa jua sebab, dan apabila kami berbuat demikian, kami mungkin tidak akan memberikan apa-apa notis kepada anda terlebih dahulu.
Walaupun kami berharap anda akan kekal sebagai Snapchatter seumur hidup, anda boleh menamatkan Terma ini pada bila-bila masa dan untuk apa jua sebab dengan memadam akaun Snapchat anda (atau, dalam sesetengah kes, akaun yang dikaitkan dengan bahagian terpakai Perkhidmatan tersebut yang anda gunakan).
Kami boleh menamatkan atau menggantung sementara akses anda kepada Perkhidmatan tersebut jika anda gagal utuk mematuhi dengan Terma-terma di sini, Garis Panduan Komuniti kami atau undang-undang, untuk apa-apa sebab di luar kawalan kami, atau untuk apa-apa sebab, dan tanpa notis pemberitahuan terlebih dahulu. Ini bermakna bahawa kami boleh menamatkan Terma-terma ini, berhenti memberikan anda dengan semua atau sebahagian daripada Perkhidmatan tersebut, atau mengenakan had baharu atau tambahan ke atas keupayaan anda untuk menggunakan Perkhidmatan kami. Walaupun kami cuba untuk memberi anda notis yang munasabah terlebih dahulu, kami tidak menjamin bahawa notis dapat diberikan dalam semua situasi. Sebagai contoh, kami boleh menyahaktifkan akaun anda atas sebab ketiadaan aktiviti yang berlanjutan, dan kami boleh menuntut semula nama pengguna anda pada bila-bila masa untuk apa jua alasan.
Tidak kira siapa yang menamatkan Terma-terma ini, kedua-dua anda dan Snap terus untuk terikat dengan Bahagian 3, 4 (setakat mana-mana terma dan syarat tambahan, oleh terma-terma mereka, yang masih hidup), dan Terma 6-23.
Anda bersetuju, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, untuk menanggung rugi, membela, dan tidak mengakibatkan kemudaratan kepada Snap, ahli sekutunya, pengarah, pegawai, pemegang saham, pekerja, pemberi lesen, dan ejen daripada dan terhadap mana-mana dan semua aduan, tuduhan, tuntutan, kerosakan, kerugian, kos, liabiliti, dan perbelanjaan (termasuk yuran peguam) yang disebabkan oleh, timbul daripada, atau berkaitan dalam apa jua cara dengan: (a) akses anda kepada atau penggunaan Perkhidmatan, atau sebarang produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh pihak ketiga sehubungan dengan Perkhidmatan, walaupun disyorkan, dijadikan tersedia, atau diluluskan oleh Snap; (b) kandungan anda, termasuk tuntutan pelanggaran yang berkaitan dengan kandungan anda; (c) pelanggaran Terma ini atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkenaan oleh anda; atau (d) kecuaian atau salah laku yang disengajakan oleh anda.
Kami cuba untuk memastikan Perkhidmatan berfungsi dan bebas daripada gangguan. Tetapi kami tidak berjanji bahawa kami akan berjaya.
PERKHIDMATAN DIIBEKALKAN ATAS DASAR "SEADANYA" DAN "SEBAGAIMANA TERSEDIA" DAN SETAKAT MANA YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG TANPA APA-APA WARANTI, SAMA ADA SECARA NYATA ATAU TERSIRAT, TERMASUK, TETAPI TIDAK TERHAD KEPADA, WARANTI TERSIRAT KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, HAKMILIK DAN TANPA PELANGGARAN. SELAIN ITU, WALAUPUN KAMI BERUSAHA UNTUK MEMBERIKAN PENGALAMAN PENGGUNA YANG BAIK, KAMI TIDAK MEMBERIKAN GAMBARAN ATAU JAMINAN BAHAWA: (A) PERKHIDMATAN AKAN SENTIASA SELAMAT, BEBAS RALAT, ATAU KENA PADA MASANYA; (B) PERKHIDMATAN AKAN SENTIASA BERFUNGSI TANPA KELEWATAN, GANGGUAN, ATAU KETIDAKSEMPURNAAN; ATAU (C) BAHAWA SEBARANG KANDUNGAN, KANDUNGAN PENGGUNA, ATAU MAKLUMAT YANG ANDA PEROLEH DI ATAU MELALUI PERKHIDMATAN AKAN KENA PADA MASANYA ATAU TEPAT.
KAMI MAHUPUN ANGGOTA GABUNGAN KAMI TIDAK AKAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB ATAU MENANGGUNG LIABILITI ATAS SEBARANG KANDUNGAN YANG ANDA, PENGGUNA LAIN, ATAU PIHAK KETIGA HASILKAN, MUAT NAIK, SIARKAN, HANTAR, TERIMA, ATAU SIMPAN DI ATAU MELALUI PERKHIDMATAN KAMI. ANDA FAHAM DAN BERSETUJU BAHAWA ANDA MUNGKIN TERDEDAH KEPADA KANDUNGAN YANG MUNGKIN MENYINGGUNG PERASAAN, MENYALAHI UNDANG-UNDANG, MENGELIRUKAN, ATAU PUN TIDAK SESUAI, YANG MANA KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS MANA-MANA SATU PUN DARIPADA YANG TERSEBUT ITU.
SETAKAT KEBENARAN MAKSIMUM YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, KAMI DAN AHLI PENGURUSAN KAMI, PEMEGANG SAHAM, PEKERJA, SEKUTU, PEMBERI LESSEN, EJEN, DAN PENYEDIA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KEROSAKAN TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHUSUS, BERBANGKIT, PUNITIF, ATAU BERBILANG, ATAU SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN ATAU PENDAPATAN, SAMA ADA BERLAKU SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, ATAU SEBARANG KEHILANGAN DATA, PENGGUNAAN, NAMA BAIK ATAU KERUGIAN LAIN YANG TIDAK KETARA, AKIBAT DARIPADA: (A) AKSES ANDA KEPADA ATAU PENGGUNAAN ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN; (B) KELAKUAN ATAU KANDUNGAN PENGGUNA LAIN ATAU PIHAK KETIGA DI ATAU MENERUSI PERKHIDMATAN; ATAU (C) AKSES, PENGGUNAAN, ATAU PENGUBAHAN KANDUNGAN ANDA TANPA KEBENARAN, WALAUPUN KAMI TELAH DIMAKLUMKAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN SEDEMIKIAN. DALAM APA JUA KEADAAN, LIABILITI TERKUMPUL KAMI UNTUK SEMUA TUNTUTAN YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN TIDAK AKAN MELEBIHI $100 USD ATAU JUMLAH YANG ANDA BAYAR KEPADA KAMI DALAM TEMPOH 12 BULAN SEBELUM TARIKH AKTIVITI YANG MEMBAWA KEPADA TUNTUTAN TERSEBUT.
SILA BACA PERENGGAN BERIKUT DENGAN TELITI KERANA IA MENGHENDAKI ANDA DAN SNAP UNTUK BERSETUJU MENYELESAIKAN SEMUA PERTIKAIAN ANTARA KITA MELALUI TIMBANG TARA INDIVIDU YANG MENGIKAT.
a. Kebolehgunaan Perjanjian Timbang Tara. Dalam Seksyen 18 ini (“Perjanjian Timbang Tara”), Anda dan Snap bersetuju bahawa semua tuntutan dan pertikaian (sama ada kontrak, tort, atau sebaliknya), termasuk semua tuntutan dan pertikaian berkanun, yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma ini atau penggunaan Perkhidmatan tersebut yang tidak dapat diselesaikan di mahkamah tuntutan kecil akan diselesaikan dengan timbang tara yang terikat secara individu, cuma kecuali anda dan Snap tidak perlu menimbang tara apa-apa peritikaian dalam mana mana-mana pihak mahukan relief yang saksama untuk tuduhan penyalahgunaan hak cipta, tanda dagangan, nama dagangan, logo, rahsia perdagangan atau paten. Supaya jelas: Frasa "semua tuntutan dan pertikaian" juga merangkumi tuntutan dan pertikaian yang telah timbul antara kita sebelum tarikh kuat kuasa Terma ini. Di samping itu, semua pertikaian berhubung boleh atau tidaknya tuntutan ditimbang tara (termasuk pertikaian tentang skop, penerapan, pelaksanaan, penarikan balik, atau kesahan Perjanjian Timbang Tara) akan diputuskan oleh penimbang tara, kecuali sebagaimana dinyatakan secara jelas di bawah.
b. Peraturan-peraturan Timbang Tara. Akta Timbang Tara Persekutuan, termasuk peruntukan prosedurnya, mentadbir pentafsiran dan pelaksanaan peruntukan penyelesaian pertikaian ini, dan bukannya undang-undang negeri. Timbang Tara akan dikendalikan oleh Perkhidmatan ADR, Inc. (“Perkhidmatan ADR”) (https://www.adrservices.com/). Jika Perkhidmatan ADR tidak tersedia untuk menimbang tara, pihak-pihak akan memilih forum timbang tara alternatif, dan jika mereka tidak dapat bersetuju, akan meminta mahkamah untuk melantik seseorang penimbang tara menurut 9 U.S.C. s 5. Peraturan forum timbang tara tersebut akan mentadbir semua aspek timbang tara ini, kecuali setakat mana peraturan-peraturan tersebut bercanggah dengan Terma ini. Timbang tara tersebut akan dijalankan oleh seorang penimbang tara yang neutral. Apa-apa tuntutan atau pertikaian yang mana jumlah yang dituntut adalah kurang daripada USD $10,000 boleh diselesaikan melalui timbang tara tanpa kehadiran mengikat kedua-dua pihak, pada pilihan pihak yang menuntut relief. Untuk tuntutan atau pertikaian yang mana jumlah yang dituntut adalah USD $10,000 atau lebih, hak untuk pendengaran akan ditentukan oleh peraturan forum timbang tara. Apa-apa keputusan berkenaan award yang diputuskan oleh penimbang tara boleh dimasukkan di mana-mana mahkamah dengan bidang kuasa yang kompeten.
c. Peraturan Tambahan untuk Timbang Tara Tanpa Kehadiran. Sekiranya timbang tara tanpa kehadiran dipilih, timbang tara akan dijalankan menerusi telefon, dalam talian, penghujahan bertulis atau mana-mana gabungan tiga pilihan tersebut; kaedah spesifik akan dipilih oleh pihak yang memulakan timbang tara. Timbang tara tersebut tidak akan melibatkan kehadiran oleh pihak-pihak ataupun saksi melainkan jika pihak-pihak tersebut saling bersetuju sebaliknya.
d. Yuran. Perkhidmatan ADR menetapkan bayaran untuk perkhidmatannya, yang tersedia di https://www.adrservices.com/rate-fee-schedule/. Jika Snap adalah pihak yang memulakan timbang tara terhadap anda, Snap akan membayar semua kos yang berkaitan dengan timbang tara, termasuk fi pemfailan keseluruhan. Jika anda adalah pihak yang memulakan timbang tara terhadap Snap, anda akan bertanggungjawab terhadap $100 yang pertama ke atas Fi Pemfailan Permulaan yang tidak boleh dikembalikan, dan Snap akan membayar Fi Pemfailan selebihnya dan Fi Pentadbiran kedua-dua pihak.
e. Kuasa Penimbang Tara. Penimbang tara akan menentukan bidang kuasa penimbang tara serta hak dan liabiliti, jika ada, anda dan Snap. Pertikaian tersebut tidak akan disatukan dengan mana-mana perkara yang lain ataupun dicantumkan dengan mana-mana kes atau pihak yang lain. Penimbang tara akan mempunyai kuasa untuk meluluskan usul dispositif untuk semua atau sebahagian daripada mana-mana tuntutan atau pertikaian. Penimbang tara akan mempunyai kuasa untuk mengawardkan ganti rugi kewangan dan memberi remedi atau relief bukan kewangan yang tersedia kepada seseorang individu menurut undang-undang, peraturan-peraturan forum timbang tara, dan Terma tersebut. Penimbang tara akan mengeluarkan award bertulis dan penyataan keputusan yang menerangkan penemuan penting dan kesimpulan yang menjadi dasar award, termasuk perhitungan apa-apa ganti rugi yang diawardkan. Penimbang tara memiliki kuasa yang sama untuk mengawardkan relief pada dasar individu seperti mana yang dimiliki oleh seorang hakim di mahkamah undang-undang. Award oleh penimbang tara adalah muktamad dan mengikat anda dan Snap.
f. Penepian Perbicaraan Berjuri. ANDA DAN SNAP MENGETEPIKAN APA-APA HAK PERLEMBAGAAN DAN BERKANUN UNTUK HADIR KE MAHKAMAH DAN MELALUI PERBICARAAN DI HADAPAN HAKIM ATAU JURI. Anda dan Snap sebaliknya memilih untuk menyelesaikan tuntutan dan pertikaian melalui timbang tara. Tatacara timbang tara secara lazimnya lebih terhad, lebih cekap dan lebih murah berbanding dengan peraturan-peraturan yang dikenakan di mahkamah dan tertakluk kepada semakan semula yang amat terhad oleh mahkamah. Dalam sebarang litigasi antara anda dengan Snap mengenai sama ada hendak mengosongkan atau menguatkuasakan pemberian timbang tara, ANDA DAN SNAP AKAN MENGETEPIKAN SEMUA HAK TERHADAP PERBICARAAN BERJURI, dan sebaliknya memilih agar pertikaian diselesaikan oleh hakim.
g. Penepian Tindakan Kelas atau Tindakan Gabungan. SEMUA TUNTUTAN DAN PERTIKAIAN DALAM SKOP PERJANJIAN TIMBANG TARA INI MESTI DITIMBANG TARAKAN ATAU DILITIGASIKAN BERDASARKAN INDIVIDU DAN BUKAN BERDASARKAN KELAS. TUNTUTAN YANG MELEBIHI SATU PELANGGAN ATAU PENGGUNA TIDAK BOLEH DITIMBANG TARAKAN ATAU DILITIGASIKAN BERSAMA ATAU DIGABUNG DENGAN MANA-MANA PELANGGAN ATAU PENGGUNA YANG LAIN. Walau apa pun peruntukan lain dalam Perjanjian ini, Perjanjian Timbang Tara atau Peraturan Perkhidmatan ADR, pertikaian tentang tafsiran, kebolehgunaan atau kebolehkuatkuasaan penepian ini boleh diselesaikan hanya oleh mahkamah dan bukan oleh penimbang tara. Jika penepian tindakan kelas atau tindakan gabungan ini dianggap tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, anda ataupun kami tidak berhak untuk penimbangtaraan; sebaliknya semua tuntutan dan pertikaian akan diselesaikan di sebuah mahkamah seperti mana yang ditetapkan di Bahagian 18.
h. Hak untuk Mengetepikan. Mana-mana hak dan batasan yang dinyatakan dalam perjanjian timbang tara ini boleh diketepikan oleh orang yang kena tuntut. Penepian sedemikian tidak akan mengetepikan atau menjejaskan mana-mana bahagian lain dalam perjanjian timbang tara ini.
i. Memilih untuk Keluar. Anda boleh memilih untuk keluar daripada perjanjian timbang tara ini. Sekiranya anda berbuat demikian, anda atau Snap tidak boleh memaksa semasa sendiri untuk menjalani timbang tara. Untuk memilih keluar ('opt-out'), anda mesti memberi maklum kepada Snap secara bertulis tidak lebih dari 30 hari selepas anda pada mulanya tertakluk pada Perjanjian Timbang Tara ini. Notis anda mesti mengandungi nama dan alamat anda, nama pengguna Snapchat anda dan alamat e-mel yang digunakan untuk menetapkan akaun Snapchat anda (jika ada), dan pernyataan jelas bahawa anda ingin memilih untuk keluar daripada perjanjian timbang tara ini. Anda mesti menghantar notis pilih keluar anda ke alamat ini: Snap Inc., Attn: Arbitration Opt-out, 3000 31st Street, Santa Monica, CA 90405, atau hantar notis pilih keluar itu melalui e-mel ke arbitrase-opt-out @ snap.com.
j. Mahkamah Tuntutan Kecil. Walau apa pun yang dinyatakan di atas, sama ada anda ataupun Snap boleh membawa tindakan individu ke mahkamah tuntutan kecil.
k. Pengekalan Perjanjian Timbang Tara. Perjanjian Timbang Tara ini akan dikekalkan walaupun selepas hubungan anda dengan Snap ditamatkan.
Setakat mana Terma ini membenarkan anda atau Snap untuk memulakan litigasi di mahkamah, anda dan Snap kedua-duanya bersetuju bahawa semua tuntutan dan pertikaian (sama ada kontrak, tort atau yang lain-lain), termasuk tuntutan dan pertikaian berkanun, yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma atau penggunaan Perkhidmatan tersebut akan dilitigasikan secara eksklusif di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi pihak 'Central District of California'. Namun begitu, jika mahkamah tersebut didapati kekurangan bidang kuasa asal ke atas litigasi tersebut, maka semua tuntutan dan pertikaian sedemikian akan dilitigasikan secara eksklusif di Mahkamah Agung California, Wilayah Los Angeles. Anda dan Snap bersetuju kepada bidang kuasa peribadi kedua-dua mahkamah ini.
Melainkan setakat mana yang ditentukan terlebih dahulu oleh undang-undang persekutuan Amerika Syarikat, undang-undang California, selain daripada prinsip konflik undang-undangnya, mentadbir Terma ini dan apa-apa tuntutan dan pertikaian (sama ada kontrak, tort atau dengan cara lain) yang timbul daripada atau berkaitan dengan Terma atau hal perkara mereka.
Jika mana-mana peruntukan Terma ini didapati tidak boleh dikuatkasakan, maka peruntukan tersebut akan diasingkan daripada Terma ini dan tidak menjejaskan kesahan dan penguatkuasaan mana-mana peruntukan yang lain.
Jika anda penduduk California, menurut Cal. Kanun Sivil California § 1789.3, anda boleh melaporkan aduan kepada Unit Bantuan Aduan Bahagian Khidmat Pengguna Jabatan Hal Ehwal Pengguna California dengan menghubungi mereka secara bertulis di alamat 1625 North Market Blvd., Suite N 112 Sacramento, CA 95834, atau melalui telefon di (800) 952 -5210.