Terma dan Syarat Geofilter Komuniti Snap Inc

Berkuatkuasa: 10 Januari 2017

SILA AMBIL PERHATIAN: TERMA INI TERMASUK FASAL PENIMBANGTARAAN SEDIKIT KEMUDIAN KECUALI JENIS-JENIS PERTIKAIAN TERTENTU YANG TELAH DISEBUTKAN DALAM FASAL TIMBANG TARA TERSEBUT, ANDA DAN Snap Inc. BERSETUJU BAHAWA PERTIKAIAN ANTARA KITA AKAN DISELESAIKAN DENGAN TIMBANG TARA MANDATORI YANG MENGIKAT KEDUA-DUA PIHAK INI, DAN ANDA DAN Snap Inc. MENEPIKAN APA-APA HAK UNTUK MENYERTAI TUNTUAN MAHKAMAH TINDAKAN KELAS ATAUPUN TIMBANG TARA PERINGKAT KELAS.

Pengenalan

Sila baca Terma dan Syarat Komuniti PenapisGeo ini ("Terma") dengan teliti. Jika anda tinggal di Amerika Syarikat, Terma ini mengawal penyerahan fail imej (“Aset”) kepada Snap Inc. untuk digunakan sebagai Penapis Geo Komuniti (“Penapis Geo”). Terma ini membentuk kontrak yang mengikat secara sah antara anda dan Snap Inc. Dengan menyerahkan Aset, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma ini, maka jangan serahkan Aset.

Terma ini memasukkan secara rujukanTerma PerkhidmatanGaris Panduan KomunitiDasar Privasi, dan Garis Panduan Penyerahan kami, maka sila baca dengan teliti. Antara lainnya, ini bermaksud bahawa penyerahan sesebuah Aset oleh anda adalah tertakluk kepada penafian dan had liabiliti dalam Terma Perkhidmatan, dan bahawa maklumat yang kami kumpul dari anda semasa penyerahan anda adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami. Setakat Terma ini bertentangan dengan Terma PerkhidmatanGaris Panduan KomunitiDasar Privasi, atau Garis Panduan Penyerahan, Terma ini akan mentadbir.

Anda mengesahkan bahawa anda berusia sekurang-kurangnya 18 tahun (atau umur majoriti di tempat anda tinggal) dan adalah kompeten dan dibenarkan untuk bersetuju dan mematuhi Terma ini. Jika anda ingin menyerahkan Aset dan adalah di bawah umur majoriti, anda mesti mempunyai kebenaran nyata ibu bapa anda.

Apabila anda menyerahkan Aset, anda meminta Snap Inc. membenarkan pengguna aplikasi Snapchat meletakkan Aset pada Snaps mereka di tempat tertentu (“PagarGeo”). Aset terseut mesti mematuhi Garis Panduan Komuniti kami dan mengikuti Garis Panduan Penyerahan kami.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa Snap Inc. mempunyai hak tanpa had untuk menentukan mengikut budi bicara mutlaknya, sama ada Aset akan disediakan sebagai PenapisGeo, dan jika ya, bila. Kami boleh melaraskan PagarGeo mengikut budi bicara mutlak kami.

1. Lesen Anda kepada Kami

Anda memberi kepada Snap Inc. dan anggota gabungan kami lesen eksklusif, kekal, tidak terhad, tidak bersyarat, tanpa had, boleh dipindah milik, boleh sublesen, tidak boleh ditarik balik, bebas royalti, lesen sedunia untuk mengarkib, menyalin, cache, mengekod, menyimpan, mengeluarkan semula, merekod, menjual, sublesen, mengedar, menghantar, menyiarkan, menyegerakkan, menyesuaikan, mengedit, mengubah suai, memaparkan secara terbuka, melaksanakan secara terbuka, menerbitkan, menerbitkan semula, mempromosikan, mempamerkan, mencipta karya terbitan berdasarkan, dan sebaliknya menggunakan Aset berkaitan dengan Perkhidmatan (seperti yang ditakrifkan dalam Terma Perkhidmatan) dan pengiklanan, pemasaran, dan promosinya, dalam semua format, pada atau melalui apa-apa cara atau media yang kini dikenali atau dibangunkan selepas ini, dan dengan mana-mana teknologi atau peranti yang kini dikenali atau dibangunkan selepas ini. Lesen ini termasuk hak untuk Snap Inc. dan ahli gabungannya untuk menjadikan Aset tersedia kepada pengguna Snapchat, untuk perkongsian di kalangan pengguna Snapchat, dan untuk menyimpan ke peranti mereka.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa pengguna Snapchat boleh menyimpan, berkongsi, dan melihat Snap yang melibatkan PenapisGeo semasa dan selepas masa berjalan PenapisGeo. Anda mengakui bahawa pengguna Snapchat boleh menggunakan Aset untuk tujuan atau dalam cara selain daripada yang anda jangkakan. Anda bersetuju bahawa penggunaan sedemikian membentuk kandungan yang dijana pengguna yang Snap Inc. tidak bertanggungjawab. Anda bersetuju bahawa Snap Inc. tidak bertanggungjawab untuk sebarang tuntutan atau kerugian berdasarkan atau timbul daripada sebarang kandungan yang dijana pengguna, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan pengguna yang menggunakan Aset sama ada dalam Perkhidmatan atau seterusnya.

Anda bersetuju bahawa Snap Inc., mahupun anggota gabungannya tidak di bawah apa-apa kewajipan untuk membayar anda atau mana-mana pihak ketiga apa-apa balasan atau pampasan untuk Aset tersebut atau apa-apa penggunaan Aset tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh mengenepikan dengan cara tidak lagi boleh ditarik balik - atau bersetuju untuk tidak menegaskan terhadap Snap Inc., dan anggota gabungannya setakat penepian yang tidak boleh dibenarkan-apa-apa hak moral atau hak yang setara yang anda boleh perolehi dalam Aset tersebut di seluruh dunia. Anda bersetuju bahawa Snap Inc. boleh mengikut budi bicaranya mengubah saiz, menetapkan ketelusan dan membuat perubahan lain pada Aset.

Jika Snap menyediakan Aset pada Perkhidmatan, anda mengakui dan bersetuju bahawa Snap Inc. berhak (tetapi tidak berkewajipan) untuk menyifatkan Aset dengan anda, termasuk menyiarkan nama, bandar, negeri dan negara anda seperti mana diserahkan oleh anda atau terikat kepada akaun Snapchat anda.

2. Komunikasi daripada Kami

Apabila anda menyerahkan sesebuah Aset, kami akan menghantar e-mel mengesahkan penyerahan kepada alamat e-mel yang terikat kepada akaun Snapchat anda. Pengesahan penyerahan tidak bermakna kami meluluskan penyerahan anda. Kami merizabkan hak untuk menerima atau menolak penyerahan anda untuk apa-apa sebab dan pada bila-bila masa, termasuk selepas PenapisGeo mula berjalan. Kami boleh memerlukan pengesahan atau maklumat tambahan sebelum menerima apa-apa penyerahan.

Kami boleh menghantar anda e-mel lain tentang penyerahan atau PenapisGeo anda, termasuk tentang status, perubahan, kemas kini, atau pembatalan kepada PenapisGeo. Kami boleh juga menghantar e-mel tentang pengalaman anda dengan PenapisGeo, atau komunikasi lain tentang penyerahan anda. Dengan menyerahkan Aset, anda bersetuju menerima daripada Snap Inc. dan anggota gabungan kami komunikasi e-mel yang diterangkan dalam Syarat ini.

Anda bersetuju bahawa semua perjanjian, notis, pendedahan dan komunikasi lain yang kami berikan kepada anda secara elektronik memuaskan apa-apa keperluan undang-undang yang menghendaki komunikasi tersebut diberikan dalam bentuk bertulis.

3. Penghantaran PenapisGeo

Jika PenapisGeo tersedia di Perkhidmatan, kami akan cuba untuk menghantarnya ke pengguna Snapchat yang berada dalam PagarGeo. Kami tidak menjamin penghantaran sempurna, dan kami tidak menjamin bahawa mana-mana pengguna Snapchat akan memilih untuk menggunakan PenapisGeo. Beberapa pengguna Snapchat dalam PenapisGeo mungkin tidak dapat melihat PenaipsGeo, dan beberapa yang di luar PenapisGeo mungkin boleh melihat PenapisEO. Ketepatan penghantaran bergantung sebahagiannya kepada kekuatan GPS atau isyarat Wi-Fi pengguna Snapchat. Pengguna Snapchat dengan perkhidmatan lokasi atau penapis yang dinyahdayakan tidak akan melihat PenapisGeo.

Kami boleh, mengikut budi bicara mutlak kami memilih untuk berkongsi maklumat dengan anda tentang penggunaan PenapisGeo. Melainkan anda memberikan kebenaran nyata bertulis, anda boleh tidak mengunakan maklumat tersebut untuk tujuan komersial.

4. Promosi

JJika anda menggunakan PenapisGeo atau mana-mana bahagian PenapisGeo atau mana-mana bahagian Perkhidmatan sebagai sebahagian daripada cabutan bertuah, pertandingan, tawaran, atau promosi lain (setiap, "Promosi"), anda bertanggungjawab sepenuhnya dalam mematuhi semua undang-undang yang terpakai kepada Promosi anda apabila ia ditawarkan, juga bersama Peraturan Promosi kami. Melainkan Snap secara jelas menyatakan sebaliknya secara bertulis, Snap Inc. tidak akan menjadi penaja atau pentadbir Promosi anda.

5. Representasi dan Waranti Anda

Anda merepresentasi dan menjamin bahawa Aset tersebut adalah asli kepada anda dan tidak termasuk mana-mana nama, logo, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, imej atau kesamaan mana-mana pihak ketiga, dan anda mempunyai hak untuk melesenkan aset kepada Snap Inc., dan anggota gabungan kami; (b) Aset tidak melanggar Terma ini, Garis panduan Komuniti kami atau Garis Panduan Penyerahan kami; (c) Aset tidak, dan penggunaanya berhubung dengan Perkhidmatan tidak akan, melanggar, menyalahgunakan atau melanggar mana-mana paten, hak cipta, tanda dagangan, privasi atau hak publisiti, atau mana-mana hak lain orang atau entiti lain; (d) yang anda belum serahkan, lesenkan, atau sebaliknya membebankan Aset kepada mana-mana orang atau entiti lain; (e) Aset tersebut mematuhi undang-undang dan adalah sesuai untuk penonton berumur 13 dan ke atas; (f) Aset tidak dan tidak akan, memfitnah, membuli, menyebabkan kecederaan atau kemudaratan kepada, atau menimbulkan tekanan emosi ke atas, mana-mana pihak ketiga; dan (g) mana-mana dan kesemua maklumat yang anda sediakan kepada Snap Inc. berhubung dengan Aset tersebut dan penyerahan anda adalah tepat dan betul. Sekiranya Snap Inc. meluluskan dan menggunakan Aset, kelulusan tersebut tidak akan mengurangkan atau mengetepikan representasi dan waranti anda yang terkandung dalam Terma ini.

Anda seterusnya merepresentasikan dan menjamin (a) bahawa anda tidak termasuk di dalam mana-mana senarai pihak yang disekat yang disimpan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, termasuk Senarai Warganegara yang Ditetapkan secara Khas dan Senarai Pengelak Sanksi Asing yang tadbir oleh Pejabat Perbendaharaan Kawalan Aset Luar Kerajaan Amerika Syarikat ("OFAC") dan Senarai Pihak yang DiTolak, Senarai yang Tidak Disahkan, dan Senarai Entiti yang disimpan oleh Jabatan Perindustrian dan Keselamatan Perdagangan Amerika Syarikat; dan (b) bahawa anda bukan pemastautin atau berada di mana-mana negara yang perdagangannya dilarang oleh OFAC atau sekatan lain yang terpakai.

6. Tanggungan Rugi Anda kepada Kami

Anda bersetuju, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, untuk menanggung rugi, membela, dan melindungi dari liabiliti sebarang kerugian atau kerosakan kepada Snap Inc., anggota gabungannya, pengarah, pegawai, pemegang saham, pekerja, pemberi lesen, dan ejen daripada dan terhadap mana-mana dan semua aduan, caj, tuntutan, kerosakan, ganti rugi, kos, liabiliti, dan perbelanjaan (termasuk fi guaman) yang terhutang, berbangkit daripada, atau berkaitan dalam apa-apa cara ke atas (a) penggunaan Aset oleh kami berkaitan dengan Perkhidmatan; (b) penggunaan anda akan Perkhidmatan dan aktiviti anda berkaitan dengan Perkhidmatan; (c) pelanggaran atau dakwaan pelanggaran oleh anda ke atas mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan oleh anda akan Perkhidmatan atau aktiviti anda berkaitan dengan Perkhidmatan; (d) apa-apa tuntutan bahawa Aset melanggar, mencabul, atau menyalahguna mana-mana hak cipta, tanda dagangan, tanda rahsia, hak reka bentuk, pakaian dagangan, paten, publisiti, privasi, atau lain-lain hak mana-mana orang atau entiti; (e) apa-apa penipuan atau salah nyata oleh anda; atau (f) apa-apa pelanggaran atau dakwaan pelanggaran Terma ini oleh anda, termasuk mana-mana pelanggaran atau dakwaan representasi, jaminan, dan kewajipan oleh anda.

7. Anda Bekerja sebagai Kontraktor Bebas

Anda mengakui bahawa semua kerja yang anda laksanakan berkaitan dengan Aset akan dilakukan sebagai kontraktor bebas. Tiada apa-apa dalam Terma ini akan ditafsirkan untuk menunjukkan usaha sama, ejen utama atau hubungan pekerjaan antara anda dan Snap Inc.

8. Undang-undang yang Mentadbir dan Pertikaian Antara Anda dan Snap Inc.

Syarat ini dikawal oleh peruntukan Undang-undang Pilihan bagi Terma Perkhidmatan kami.

PEMBERITAHUAN PENIMBANGTARAAN: ANDA DAN SNAP INC. BERSETUJU BAHAWA TUNTUTAN DAN PERTIKAIAN (SAMA ADA KONTRAK, TORT, ATAU SEBALIKNYA), TERMASUK TUNTUTAN BERKANUN DAN PERTIKAIAN YANG TIMBUL DARIPADA ATAU BERKAITAN DENGAN TERMA ATAU PERKHIDMATAN INI AKAN DISELESAIKAN DENGAN TIMBANG TARA YANG MENGIKAT SECARA INDIVIDU DAN ANDA BERSETUJU UNTUK MENGETEPIKAN SEBARANG HAK UNTUK MEMBAWA ATAU SEBALIKNYA MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM TUNTUTAN MAHKAMAH TINDAKAN KELAS ATAU TIMBANG TARA SELURUH KELAS.

Untuk butiran tambahan tentang perjanjian timbang tara ini, sila rujuk kepada Fasal Penimbangtaraan dalam Terma Perkhidmatan kami yang MEMERLUKAN ANDA DAN SNAP INC. UNTUK BERSETUJU UNTUK MENYELESAIKAN SEMUA PERTIKAIAN ANTARA KAMI MELALUI TIMBANG TARA INDIVIDU YANG MENGIKAT, dan yang akan digunakan untuk sebarang penyerahan.

9. Perubahan kepada Terma Ini

Dari masa ke masa, kami boleh mengubah Terma ini. Anda boleh menentukan bila kali terakhir Terma ini diubah dengan merujuk kepada tarikh "Berkuat Kuasa" di atas. Apa-apa perubahan kepada Terma ini akan berkuat kuasa apabila kami menyiarkan Terma yang terkini di tapak web kami, dan akan terpakai kepada mana-mana Aset yang anda serahkan selepas itu. Dengan menyerahkan sesebuah Aset selepas Terma ini telah dikemas kini anda akan dianggap telah bersetuju dengan Terma yang telah dikemas kini. Sekiranya pada bila-bila masa anda tidak bersetuju kepada mana-mana bahagian daripada Terma ini, jangan serahkan Aset.

10. Terma Akhir

Terma ini tidak mencipta atau memberi apa-apa hak benefisiari pihak ketiga. Jika kami tidak menguatkuasakan suatu peruntukan dalam Terma ini, ia tidak akan dianggap sebagai suatu penepian. Kami mempunyai semua hak yang tidak diberi kepada anda secara nyata. Jika mana-mana peruntukan terma ini untuk apa-apa sebab adalah tidak sah, menyalahi undang-undang, batal, atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah atau penimbang tara dari bidang kuasa yang kompeten, peruntukan tersebut akan dianggap sebagai terpisah daripada Terma ini, dan ketidaksahihan peruntukan tersebut tidak akan menjejaskan kesahan atau kebolehkuatkuasaan baki Terma yang ada (yang akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda mengetepikan mana-mana hak undang-undang am atau undang-undang terpakai yang boleh membenarkan kontrak ditafsirkan terhadap penggubalnya. Snap Inc. boleh menyerahkan hak dan kewajipannya di bawah Terma ini secara keseluruhan atau sebahagian kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Terma ini tidak boleh diserahkan kepada anda, dan anda tidak boleh mewakilkan tugas anda dibawahnya, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Snap Inc.

Term dan Syarat Komuniti PenapisGeo Snap Group Limited

Berkuatkuasa: 10 Januari 2017

Pengenalan

Sila baca Terma dan Syarat Komuniti PenapisGeo ini ("Terma") dengan teliti. Jika anda tinggal di luar Amerika Syarikat, Terma ini mentadbir penyerahan fail imej anda ("Aset" tersebut) kepada Snap Group Limited untuk digunakan sebagai PenapisGeo Komuniti ("PenapisGeo"). Terma ini mengikat secara sah kontrak antara anda dan Snap Group Limited; dengan penyerahan Aset, anda bersetuju untuk terikat dengan Terma ini. Jika anda tidak bersetuju dengan Terma ini, maka jangan serahkan Aset.

Terma ini memasukkan secara rujukanTerma PerkhidmatanGaris Panduan KomunitiDasar Privasi, dan Garis Panduan Penyerahankami, maka sila baca dengan teliti. Antara lainnya, ini bermaksud bahawa penyerahan sesebuah Aset oleh anda adalah tertakluk kepada penafian dan had liabiliti dalam Terma Perkhidmatan, dan bahawa maklumat yang kami kumpul dari anda semasa penyerahan anda adalah tertakluk kepada Dasar Privasi kami. Setakat Terma ini bertentangan dengan Terma PerkhidmatanGaris Panduan KomunitiDasar Privasi, atau Garis Panduan Penyerahan, Terma ini akan mentadbir.

Anda mengesahkan bahawa anda berusia sekurang-kurangnya 18 tahun (atau umur majoriti di tempat anda tinggal) dan adalah kompeten dan dibenarkan untuk bersetuju dan mematuhi Terma ini. Jika anda ingin menyerahkan Aset dan adalah di bawah umur majoriti, anda mesti mempunyai kebenaran nyata ibu bapa anda.

Apabila anda menyerahkan Aset, anda meminta Snap Group limited untuk membenarkan pengguna lain aplikasi Snapchat meletakkan Aset ke atas Snap mereka di tempat tertentu ("PagarGeo"). Aset terseut mesti mematuhi Garis Panduan Komuniti kami dan mengikuti Garis Panduan Penyerahan kami.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa Snap Group Limited mempunyai hak tanpa had untuk menentukan, mengikut budi bicara mutlaknya, samada sesebuah Aset boleh tersedia sebagai PenapisGeo, dan jika ya, bila. Kami boleh melaraskan PagarGeo mengikut budi bicara mutlak kami.

1. Lesen Anda kepada Kami

Anda memberikan kepada Snap Group Limited, Snap Inc., dan anggota gabungan mereka satu lesen seluruh dunia yang eksklusif, tiada sekatan, tidak bersyarat, tiada had, boleh dipindah milik, boleh disub-lesenkan, tidak boleh ditarik balik, bebas royalti, untuk berkomunikasi kepada awam, arkib, salin, cache, pengekodan, storan, mengeluarkan semula, merekod, menjual, sub-lesen, mengedar, menghantar, menyiarkan, menyegerakkan, menyesuaikan, mengedit, mengubah suai, memaparkan secara terbuka, melaksanakan secara terbuka, menerbitkan, menerbitkan semula, mempromosikan, mempamerkan, mencipta karya terbitan berdasarkan, dan sebaliknya menggunakan Aset berkaitan dengan Perkhidmatan (seperti yang ditakrifkan dalam Terma Perkidmatan) dan pengiklanan, pemasaran, dan promosi, dalam semua format, apada atau melalui apa-apa cara atau media yang diketahui atau dibangunkan selepas ini, dan dengan apa-apa teknologi atau peranti yang diketahui sekarang atau dibangunkan kemudian. Lesen in termasuk hak untuk Snap Group Limited, Snap Inc., dan anggota gabungan mereka untuk membuat Aset tersedia kepada pengguna Snapchat, untuk dikongsi antara pengguna Snapchat, dan untuk disimpan di dalam peranti mereka.

Anda mengakui dan bersetuju bahawa pengguna Snapchat boleh menyimpan, berkongsi, dan melihat Snap yang melibatkan PenapisGeo semasa dan selepas masa berjalan PenapisGeo. Anda mengakui bahawa pengguna Snapchat boleh menggunakan Aset untuk tujuan atau dalam cara selain daripada yang anda jangkakan. Anda bersetuju bahawa penggunaan tersebut merupakan kandungan yang dihasilkan oleh pengguna yang mana Snap Group Limited mahupun Snap Inc., tidak memikul apa-apa kebertanggungjawaban. Anda bersetuju bahawa Snap Group Limited mahupun Snap Inc., tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan atau kerugian yang berbangkit daripada mana-mana kandungan yang dihasilkan pengguna, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan pengguna yang menjadikan penggunaan Aset samada dalam Perkhidmatan atau seterusnya.

Anda bersetuju bahawa Snap Group Limited, Snap Inc., mahupun anggota gabungan mereka tidak di bawah apa-apa kewajipan untuk membayar anda atau mana-mana pihak ketiga apa-apa balasan atau pampasan untuk Aset tersebut atau apa-apa penggunaan Aset tersebut. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda boleh mengenepikan dengan cara tidak lagi boleh ditarik balik - atau bersetuju untuk tidak menegaskan terhadap Snap Group Limited, Snap Inc., dan anggota gabungannya setakat penepian yang tidak boleh dibenarkan-apa-apa hak moral atau hak yang setara yang anda boleh perolehi dalam Aset tersebut di seluruh dunia. Anda bersetuju bahawa Snap Group Limited boleh atas budi bicaranya mengubah saiz, menetapkan ketelusan, dan membuat perubahan lain pada Aset.

Jika Snap Group Limited tidak membuatkan Aset tersedia di Perkhidmatan, anda mengakui dan menerima bahawa Snap Group limited mempunyai hak (tetapi bukan kewajipan) untuk mengaitkan Aset secara terbuka kepada anda, termasuk dengan menyiarkan nama, bandaraya, negeri, dan negara, anda seperti yang telah diserahkan oleh anda atau seperti yang terikat di akaun Snapchat anda.

2. Komunikasi daripada Kami

Apabila anda menyerahkan sesebuah Aset, kami akan menghantar e-mel mengesahkan penyerahan kepada alamat e-mel yang terikat kepada akaun Snapchat anda. Pengesahan penyerahan tidak bermakna kami meluluskan penyerahan anda. Kami merizabkan hak untuk menerima atau menolak penyerahan anda untuk apa-apa sebab dan pada bila-bila masa, termasuk selepas PenapisGeo mula berjalan. Kami boleh memerlukan pengesahan atau maklumat tambahan sebelum menerima apa-apa penyerahan.

Kami boleh menghantar anda e-mel lain tentang penyerahan atau PenapisGeo anda, termasuk tentang status, perubahan, kemas kini, atau pembatalan kepada PenapisGeo. Kami boleh juga menghantar e-mel tentang pengalaman anda dengan PenapisGeo, atau komunikasi lain tentang penyerahan anda. Dengan penyerahan sesebuat Aset anda bersetuju untuk menerima dari Snap Group Limited, Snap Inc, dan anggota gabungan kami komunikasi e-mel yang dijelaskan di dalam Terma ini.

Anda bersetuju bahawa semua perjanjian, notis, pendedahan dan komunikasi lain yang kami berikan kepada anda secara elektronik memuaskan apa-apa keperluan undang-undang yang menghendaki komunikasi tersebut diberikan dalam bentuk bertulis.

3. Penghantaran PenapisGeo

Jika PenapisGeo tersedia di Perkhidmatan, kami akan cuba untuk menghantarnya ke pengguna Snapchat yang berada dalam PagarGeo. Kami tidak menjamin penghantaran sempurna, dan kami tidak menjamin bahawa mana-mana pengguna Snapchat akan memilih untuk menggunakan PenapisGeo. Beberapa pengguna Snapchat dalam PagarGeo mungkin tidak dapat melihat PenaipsGeo, dan beberapa yang di luar PagarGeo mungkin boleh melihat PenapisGeo. Ketepatan penghantaran bergantung sebahagiannya kepada kekuatan GPS atau isyarat Wi-Fi pengguna Snapchat. Pengguna Snapchat dengan perkhidmatan lokasi atau penapis yang dinyahdayakan tidak akan melihat PenapisGeo.

Kami boleh, atas budi bicara mutlak kami, memilih untuk berkongsi maklumat dengan anda tentang penggunaan PenapisGeo yang anda hantarkan. Melainkan anda memberikan kebenaran nyata bertulis, anda boleh tidak mengunakan maklumat tersebut untuk tujuan komersial.

4. Promosi

JJika anda menggunakan PenapisGeo atau mana-mana bahagian PenapisGeo atau mana-mana bahagian Perkhidmatan sebagai sebahagian daripada cabutan bertuah, pertandingan, tawaran, atau promosi lain (setiap, "Promosi"), anda bertanggungjawab sepenuhnya dalam mematuhi semua undang-undang yang terpakai kepada Promosi anda apabila ia ditawarkan, juga bersama Peraturan Promosi kami. Melainkan kami bersetuju secara nyata sebaliknya secara bertulis, Snap Group Limited tidak akan menaja atau menjadi pentadbir Promosi anda.


5. Representasi dan Waranti Anda

Anda merepresentasi dan menjamin bahawa Aset tersebut adalah asli kepada anda dan tidak termasuk mana-mana nama, logo, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, imej atau kesamaan mana-mana pihak ketiga, dan anda mempunyai hak untuk melesenkan aset kepada Snap Group limited, Snap Inc., dan anggota gabungannya; (b) Aset tidak melanggar Terma ini, Garis panduan Komuniti kami atau Garis Panduan Penyerahankami; (c) Aset tidak, dan penggunaanya berhubung dengan Perkhidmatan tidak akan, melanggar, menyalahgunakan atau melanggar mana-mana paten, hak cipta, tanda dagangan, privasi atau hak publisiti, atau mana-mana hak lain orang atau entiti lain; (d) yang anda belum serahkan, lesenkan, atau sebaliknya membebankan Aset kepada mana-mana orang atau entiti lain; (e) Aset tersebut mematuhi undang-undang dan adalah sesuai untuk penonton berumur 13 dan ke atas; (f) Aset tidak dan tidak akan, memfitnah, membuli, menyebabkan kecederaan atau kemudaratan kepada, atau menimbulkan tekanan emosi ke atas, mana-mana pihak ketiga; dan (g) mana-mana dan kesemua maklumat yang anda sediakan kepada Snap Group Limited berhubung dengan Aset tersebut dan penyerahan anda adalah tepat dan betul. Sekiranya Snap Group Limited meluluskan dan menggunakan Aset tersebut, kelulusan sedemikian tidak akan mengurangkan atau menepikan representasi dan jaminan anda seperti yang terkandung di dalam terma ini.

Anda seterusnya merepresentasikan dan menjamin (a) bahawa anda tidak termasuk di dalam mana-mana senarai pihak yang disekat yang disimpan oleh Kerajaan Amerika Syarikat, termasuk Senarai Warganegara yang Ditetapkan secara Khas dan Senarai Pengelak Sanksi Asing yang tadbir oleh Pejabat Perbendaharaan Kawalan Aset Luar Kerajaan Amerika Syarikat ("OFAC") dan Senarai Pihak yang DiTolak, Senarai yang Tidak Disahkan, dan Senarai Entiti yang disimpan oleh Jabatan Perindustrian dan Keselamatan Perdagangan Amerika Syarikat; dan (b) bahawa anda bukan pemastautin atau berada di mana-mana negara yang perdagangannya dilarang oleh OFAC atau sekatan lain yang terpakai.

6. Tanggungan Rugi Anda kepada Kami

Anda bersetuju, setakat mana yang dibenarkan oleh undang-undang, untuk menanggung rugi, membela, dan melindungi dari liabiliti sebarang kerugian atau kerosakan kepada Snap, anggota gabungannya, pengarah, pegawai, pemegang saham, pekerja, pemberi lesen, dan ejen daripada dan terhadap mana-mana dan semua aduan, caj, tuntutan, kerosakan, ganti rugi, kos, liabiliti, dan perbelanjaan (termasuk fi guaman) yang terhutang, berbangkit daripada, atau berkaitan dalam apa-apa cara ke atas (a) penggunaan Aset oleh kami berkaitan dengan Perkhidmatan; (b) penggunaan anda akan Perkhidmatan dan aktiviti anda berkaitan dengan Perkhidmatan; (c) pelanggaran atau dakwaan pelanggaran oleh anda ke atas mana-mana undang-undang yang berkaitan dengan penggunaan oleh anda akan Perkhidmatan atau aktiviti anda berkaitan dengan Perkhidmatan; (d) apa-apa tuntutan bahawa Aset melanggar, mencabul, atau menyalahguna mana-mana hak cipta, tanda dagangan, tanda rahsia, hak reka bentuk, pakaian dagangan, paten, publisiti, privasi, atau lain-lain hak mana-mana orang atau entiti; (e) apa-apa penipuan atau salah nyata oleh anda; atau (f) apa-apa pelanggaran atau dakwaan pelanggaran Terma ini oleh anda, termasuk mana-mana pelanggaran atau dakwaan representasi, jaminan, dan kewajipan oleh anda.

7. Anda Bekerja sebagai Kontraktor Bebas

Anda mengakui bahawa semua kerja yang anda laksanakan berkaitan dengan Aset akan dilakukan sebagai kontraktor bebas. Tiada apa-apa dalam Terma ini akan ditafsirkan untuk menunjukkan usaha sama, ejen utama atau hubungan pekerjaan antara anda dan Snap Group Limited.

8. Undang-undang yang Mentadbir dan Pertikaian Antara Anda dan Snap Group Limited

Terma ini ditadbir oleh peruntukan Pilihan Undang-Undang Terma Perkhidmatan kami dan oleh peruntukan Terma Perkhidmatan Penyelesaian Pertikaian kami.

9. Perubahan kepada Terma Ini

Dari masa ke masa, kami boleh mengubah Terma ini. Anda boleh menentukan bila kali terakhir Terma ini diubah dengan merujuk kepada tarikh "Berkuat Kuasa" di atas. Apa-apa perubahan kepada Terma ini akan berkuat kuasa apabila kami menyiarkan Terma yang terkini di tapak web kami, dan akan terpakai kepada mana-mana Aset yang anda serahkan selepas itu. Dengan menyerahkan sesebuah Aset selepas Terma ini telah dikemas kini anda akan dianggap telah bersetuju dengan Terma yang telah dikemas kini. Sekiranya pada bila-bila masa anda tidak bersetuju kepada mana-mana bahagian daripada Terma ini, jangan serahkan Aset.

10. Terma Akhir

Terma ini tidak mencipta atau memberi apa-apa hak benefisiari pihak ketiga. Jika kami tidak menguatkuasakan suatu peruntukan dalam Terma ini, ia tidak akan dianggap sebagai suatu penepian. Kami mempunyai semua hak yang tidak diberi kepada anda secara nyata. Jika mana-mana peruntukan terma ini untuk apa-apa sebab adalah tidak sah, menyalahi undang-undang, batal, atau tidak boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah atau penimbang tara dari bidang kuasa yang kompeten, peruntukan tersebut akan dianggap sebagai terpisah daripada Terma ini, dan ketidaksahihan peruntukan tersebut tidak akan menjejaskan kesahan atau kebolehkuatkuasaan baki Terma yang ada (yang akan kekal berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya). Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, anda mengetepikan mana-mana hak common law atau undang-undang terpakai yang boleh membenarkan kontrak ditafsirkan terhadap penggubalnya. Snap Group Limited boleh menyerahkan hak dan tanggungjawabnya di bawah Terma ini, secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya, kepada mana-mana pihak pada bila-bila masa tanpa apa-apa notis. Terma ini tidak boleh diserahkan kepada anda, dan anda tidak boleh mewakilkan tugas anda dibawahnya, tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Snap Group Limited.