Anda boleh menentukan harga yang terpakai untuk Langganan Pencipta anda dalam julat yang disediakan oleh Snap. Snap boleh menetapkan atau melaraskan harga minimum, maksimum, dan tahap langganan yang tersedia pada bila-bila masa. Pembayaran langganan diproses oleh penyedia gedung aplikasi atau platform pembelian pihak ketiga yang lain ("Penyedia Pembelian"), setiap satunya mungkin mengekalkan yuran platform.
Setiap bulan, kami akan membayar anda sebahagian daripada Hasil Kasar (ditakrifkan di bawah) daripada jumlah yang dibayar oleh Pelanggan untuk akses kepada Langganan Pencipta anda. "Hasil Kasar" bermaksud jumlah yang sebenarnya diterima oleh Snap daripada pelanggan Langganan Pencipta anda, setelah ditolak Potongan Perkongsian Hasil (ditakrifkan di bawah). "Potongan Perkongsian Hasil" bermaksud (a) cukai, jika ada, yang dikehendaki untuk dipungut, ditahan atau dibayar berhubung dengan jumlah tersebut (kecuali cukai ke atas pendapatan bersih Snap), (b) yuran platform, dan (c) sebarang dan semua bayaran balik kepada pelanggan.
Anda juga bersetuju bahawa Snap akan mengekalkan suatu peratusan daripada Hasil Kasar anda ("Yuran"), yang kami boleh arahkan Penyedia Pembelian untuk mengutip dan membayarnya kepada kami tanpa sebarang notis dan/atau kelulusan lanjut. Jumlah Yuran ditentukan oleh Snap mengikut budi bicara mutlaknya. Sebarang jumlah Pembayaran yang ditunjukkan dalam aplikasi Snapchat adalah anggaran, ditunjukkan kepada anda untuk kemudahan sahaja dan mungkin tertakluk kepada perubahan. Sekiranya anda berhutang sebarang amaun kepada Snap, ia boleh mengkehendaki (sebagai syarat sebarang pembayaran yang mungkin anda terima) bahawa Penyedia Pembayaran memotong atau menahan amaun untuk mengambil kira bayaran balik, caj balik, penipuan dan/atau sebarang amaun lain yang mungkin anda berhutang kepada Snap. Anda tidak akan layak untuk menerima Pembayaran bagi apa-apa anggaran tersebut jika anda tidak mematuhi Terma Langganan Pencipta ini dan tidak berjaya menyediakan Akaun Pembayaran yang sah. Jumlah akhir sebarang Pembayaran akan ditunjukkan dalam Akaun Pembayaran anda yang anda tetapkan dengan Penyedia Pembayaran kami. Untuk kejelasan, anggaran jumlah Pembayaran atau jumlah yang ditunjukkan dalam aplikasi Snapchat tidak bertujuan untuk memberikan atau membayangkan sebarang hak atau mewakili sebarang kewajipan, tidak membentuk harta atau hak ke atas harta, tidak boleh dipindah milik atau diwakilkan, dan tidak boleh dijadikan subjek penjualan, barter, atau pertukaran.
Ringkasnya: kami mempunyai ambang minumum Pembayaran $ 100 USD. Apabila capai ambang, anda boleh tuntut pembayaran. Jika, selepas tempoh masa tertentu, anda gagal berbuat demikian, maka kami akan cuba membuat pembayaran kepada anda dengan syarat anda mematuhi Terma Langganan Pencipta ini. Jika tidak, anda tidak akan layak menerima Pembayaran untuk sebarang aktiviti kelayakan yang berkenaan. Kami tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang isu pembayaran yang timbul di luar kawalan kami atau mana-mana dana yang tidak dituntut dalam akaun Pembayaran anda. Kami boleh menahan atau melaraskan Pembayaran kepada anda atas sebab-sebab tertentu, termasuk jika anda melanggar Terma Langganan Pencipta ini atau sebarang perjanjian lain dengan kami.